Utusan Borneo (Sabah)

Daudsu berlatih berpanduka­n Youtube

Pemain ‘otai’ Kelantan United itu jalani latihan kecergasan di rumah sekurang-kurangnya sejam setiap hari sepanjang PKP

-

KOTA BHARU: Pemain ‘otai’ Kelantan United (KUFC), Daudsu Jamaludin, mengekalka­n tahap kecergasan dengan menjalani latihan berpanduka­n video di YouTube sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Inisiatif itu dilakukan sebagai latihan tambahan kepada program latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada pemain ” dalam tempoh PKP ini.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu berkata beliau menjalani latihan kecergasan itu di rumah sekurang-kurangnya sejam setiap hari bagi mengekalka­n stamina berikutan hampir sebulan tidak menjalani latihan bersama pasukan.

“Inisiatif itu dilakukan sebagai latihan tambahan kepada program latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada pemain dalam tempoh PKP ini.

“Bagi pemantauan, saya dan rakan pasukan lain akan merekodkan dan memuat naik dua atau tiga video latihan kepada jurulatih untuk perkembang­an dan bukti kami tidak duduk sahaja di rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Kampung Batu 2, di sini, semalam.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menangguhk­an semua perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

Daudsu berkata sebagai pemain profesiona­l, inisiatif latihan sendiri adalah sebahagian tanggungja­wab yang perlu dilakukan walaupun tidak menjalani latihan secara berpasukan.

“Walaupun kami kekurangan peralatan di rumah, namun dengan kemudahan internet ketika ini dapat membantu saya dan rakan lain untuk menjalani latihan sendiri walaupun perlu akui agak bosan tidak melakukan latihan bersama pasukan,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh berada di rumah beliau dan rakan pasukannya turut mengawal selera makan bagi mengawal berat badan.

“Berat badan saya masih terkawal, dan sebagai pemain profesiona­l perkara itu juga perlu dijaga apatah lagi latihan berat bersama pasukan tidak dilakukan.

“Dalam tempoh PKP ini, saya berharap diri saya dan rakan pasukan yang lain dapat menjaga diri masing-masing dari aspek disiplin, kesihatan dan dan keselamata­n serta mengikuti arahan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Daudsu Jamaludin Pemain Kelantan United

 ??  ?? KEKALKAN KECERGASAN: Daudsu membuat senaman untuk mengekalka­n stamina di dalam rumahnya di Kota Bahru, Kelantan semalam. — Gambar Bernama
KEKALKAN KECERGASAN: Daudsu membuat senaman untuk mengekalka­n stamina di dalam rumahnya di Kota Bahru, Kelantan semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia