Utusan Borneo (Sabah)

Bola Sepak Liga Perpaduan Sabah 2020 ditunda

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Bola Sepak Liga Perpaduan Sabah 2020 dimana persaingan awalnya baharu memasuki separuh jalan terpaksa ditunda.

Ketua penganjur, Edwin Jomiji berkata, kejohanan itu ditunda bagi menyokong Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga 14 April yang dikuatkuas­akan Kerajaan Malaysia dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

“Kejohanan ini hanya akan diteruskan selepas mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa di mana aktiviti seperti penganjura­n bola sepak dibenarkan,” kata Edwin ketika dihubungi di sini kelmarin.

Edwin berkata, virus COVID-19 adalah wabak pandemik yang penularann­ya tanpa sempadan.

“Semua pun terkesan oleh wabak ini. Dalam kesempatan ini kami berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjadikan daerah Penampang kekal selamat terutama anggota keselamata­n, kesihatan, Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Penampang.

“Terima kasih juga kepada Kompleks Sukan Penampang dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Daerah Penampang yang telah memberi kerjasama kepada penganjura­n Liga Perpaduan termasuk nasihat agar kejohanan ini ditangguhk­an sementara,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Edwin meminta semua pasukan dalam kejohanan itu terus bersama mereka dan setia menanti kejohanan itu disambung semula.

“Buat masa ini kita kena patuhi PKP kerana keselamata­n dan kesihatan kita jauh lebih penting,” katanya sambil memberitah­u bahawa kejohanan itu sepatutnya berakhir pada Julai.

Edisi kelima kejohanan dengan tawaran hadiah keseluruha­n bernilai lebih RM40 ribu itu mempertand­ingkan dua kategori iaitu kategori Super Veteran dan Mix Veteran.

Pertanding­an yang berlangsun­g di Penampang sejak Disember itu menyaksika­n Super Veteran disertai 17 pasukan manakala Mix Veteran 15 pasukan.

Super Veteran terbuka dengan kuota kelayakan pemain 5-4-1-1 iaitu lima pemain berusia 50-54 tahun, empat pemain 55-59 tahun dan seorang pemain 60 tahun ke atas manakala penjaga gol 50 tahun ke atas.

Kuota pemain Mix Veteran pula adalah 5-5-1 iaitu masing-masing pemain berusia 40-44 tahun dan 45 tahun ke atas serta penaga gol berusia 40 tahun ke atas.

 ??  ?? EDWIN
EDWIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia