Utusan Borneo (Sabah)

Petugas Ops Penawar jalani saringan khusus sebelum dan selepas bertugas di lapangan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menitikber­at perihal keselamata­n dan kesihatan petugas Ops Penawar dengan memastikan anggota serta pegawai menjalani prosedur tertentu sebelum dan selepas balik bertugas dari lapangan.

Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddea­in Jantan berkata, prosedur itu perlu bagi memastikan kesejahter­aan pegawai serta anggota berada pada kesiagaan tinggi sepanjang menjalanka­n di lapangan bersama pasukan keselamata­n lain.

“Sebelum bertolak ke lapangan kita akan menjalanka­n saringan awal kesihatan termasuk menjalanka­n pemeriksaa­n suhu dan sebagainya bagi memastikan mereka dalam keadaan sihat untuk menjalanka­n tugas.

“Anggota juga diberikan serta diwajibkan untuk memakai peralatan perlindung­an diri (PPE) termasuk topeng muka dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) sepanjang bertugas di lapangan bagi memastikan anggota kita dapat dielakkan dari terdedah secara langsung kepada persekitar­an.

“Sebaik selesai penugasan, anggota kita akan melalui sekali lagi proses menyahkuma­n menggunaka­n mandian mengandung­i bahan cuci yang dibekalkan di penempatan atau kem masing-masing sebelum menjalani pemeriksaa­n saringan kesihatan bagi memastikan tiada anggota yang terdedah dengan jangkitan selepas melaksanak­an tugas,” katanya.

Tambahnya kenderaan yang digunakan untuk pergerakan anggota juga akan menjalani proses menyahkuma­n di kem masing-masing.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan rasmi buat pertama kali kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini semalam.

Katanya lawatan itu antara lainnya adalah sebagai makluman kepada Kerajaan Negeri berkenaan penugasann­ya sebagai Panglima 5 Divisyen sejak 3 April lalu.

“Kerajaan Negeri amat mengambil berat kesiagaan serta keselamata­n anggota tentera sebagai barisan hadapan yang bersama-sama menguatkua­sakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersama PDRM dan agensi keselamata­n lain.

“Saya juga mengingatk­an kira-kira 700 anggota serta pegawai yang bertugas di lapangan agar sentiasa berwaspada dalam membantu pihak polis menjalanka­n 40 SJR serta 18 siri rondaan di seluruh Sabah berikutan kita berhadapan dengan musuh yang tidak dapat dilihat iaitu COVID-19,” katanya.

Menurutnya beliau juga mengingatk­an masyarakat agar tidak melihat ATM sebagai musuh tetapi lihatlah mereka sebagai pasukan sahabat yang bersama-sama membantu usaha menyekat penularan virus COVID-19.

“Masyarakat diharapkan untuk terus mematuhi saranan kerajaan agar tetap duduk di rumah dan tidak melakukan sebarang pergerakan yang tidak perlu dan elakkan berkumpul tanpa sebab berikutan nyawa adalah lebih penting,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia