Utusan Borneo (Sabah)

MAQIS Labuan tahan buah walnut tanpa permit dari Pakistan

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) menahan buah walnut yang dibawa masuk oleh penumpang dari Negara Pakistan semasa pemeriksaa­n bagasi di Lapangan Terbang WP. Labuan semalam.

Pengarah MAQIS WP Labuan Nazrul Azman Mat Rahim berkata, pemeriksaa­n sepanjang bulan lalu mendapati pelbagai hasil keluaran pertanian yang dibawa masuk dari Pakistan ditahan dan dirampas di sini termasuk buah walnut.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati buah walnut yang ditahan itu dianggarka­n seberat 2kg dan bernilai RM50,” katanya.

Nazrul menjelaska­n buah berkenaan dibawa masuk tanpa dokumen yang sah iaitu Permit Import MAQIS dan Sijil Fitosanita­si dari negara asal.

Menurut Nazrul, perbuatan membawa masuk keluaran pertanian tanpa permit import yang sah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, sabit kesalahan boleh dihukum di bawah

Seksyen 11(3), Akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Nazrul menegaskan manamana konsainan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan akan ditahan untuk tindakan selanjutny­a.

Beliau mengingatk­an bahawa kawalan import di pintu-pintu masuk akan terus dipergiatk­an bagi memastikan konsainan yang diimport mematuhi kehendak perundanga­n seperti bebas perosak, penyakit dan bahan cemar untuk kesejahter­aan rakyat.

Sebarang pertanyaan tentang peraturan import boleh menghubung­i Lisa Michael di Pejabat MAQIS Negeri W.P Labuan melalaui talian 0164463979/087-408715 atau lisa@maqis.gov.my.

 ??  ?? WALNUT: Hasil pertanian dari Pakistan yang ditahan.
WALNUT: Hasil pertanian dari Pakistan yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia