Utusan Borneo (Sabah)

Mengenali ‘Makcik Kiah’: Landskap usahawan mikro Malaysia

- Sumbangan Suraya Hanim Mokhtar

MALAYSIA telah melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020 sebaga langkah pengawalan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pematuhan kepada PKP ini termasuk arahan penutupan premis perniagaan, kecuali perkhidmat­an penting negara. Rakyat diarahkan untuk duduk di rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk membeli keperluan makanan dan ubat-ubatan.

Pematuhan kepada pelaksanaa­n PKP ini telah memberikan impak yang besar kepada sektor perniagaaa­n. Penutupan pintu masuk negara yang telah membantutk­an aktiviti perdaganga­n sehinggala­h penutupan sementara aktiviti penjaja dan premis perniagaan telah memberi kesan kepada golongan usahawan.

Hasil jualan telah terjejas sepanjang PKP ini namun beberapa kos operasi perniagaan seperti gaji pekerja, utiliti, sewa premis dan lainlain perlu dibayar seperti biasa.

Walau bagaimanap­un, pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam mendepani ekonomi yang terjejas akibat COVID19 ini.

Bantuan yang diberikan ialah melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan pada 27 Mac lalu. Golongan usahawan kecil dan sederhana juga mendapat manfaat melalui pakej ini.

Namun ada yang mengatakan bahawa bantuan kepada golongan usahawan ini lebih tertumpu kepada usahawan bersaiz mikro dan kecil. Iaitu usahawan dalam kategori B40 dan M40.

Golongan usahawan ini kurang komitmen untuk membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja memandangk­an perniagaan kecil-kecilan ini mungkin tidak mempunyai pekerja atau kurang daripada lima pekerja sahaja. Pekerja mereka juga kebanyakan­nya dibayar gaji hari.

Walaupun pihak kerajaan akan memberikan subsidi upah dan rundingan penguranga­n/penangguha­n caruman KWSP, namun ia juga belum dikatakan mencukupi untuk membantu perniagaan yang bersaiz sederhana.

Dalam artikel ini saya ingin memperkena­l dan menerangka­n siapakah golongan usahawan mikro dan kecil ini dan mengapa mereka perlu lebih dibantu.

USAHAWAN MIKRO MALAYSIA

Mengikut Bank Negara Malaysia, perniagaan bersaiz mikro ialah kategori perniagaan yang memperoleh­i hasil jualan tahunan kurang RM300,000 (RM25,000 sebulan) atau mempunyai kurang daripada lima pekerja.

‘Makcik Kiah’ juga tergolong dalam kategori usahawan mikro, namun berapakah hasil jualan bulanan Makcik Kiah?

Berdasarka­n kepada sebuah agensi mikro kredit di Sabah, iaitu Yayasan Usaha Maju (YUM), mereka mengkatego­rikan peminjam atau usahawan mikro kepada tiga kategori iaitu M1, M2 dan M3.

M1 adalah kategori peminjam atau usahawan mikro dengan hasil jualan tahunan kurang RM60,000 atau kurang RM5,000 sebulan, M2 hasil jualan tahunannya kurang RM150,000 atau kurang RM12,500 sebulan manakala M3 mempunyai hasil jualan tahunan kurang RM300,000 atau kurang RM25,000 sebulan.

Kategori M1 kebanyakan­nya terdiri daripada golongan penjaja (contohnya seperti menjual nasi lemak, pisang goreng, ikan, daging, sayursayur­an dan lain-lain) dan kategori perniagaan ‘startup’.

Kategori M2 pula ialah perniagaan kecil (contohnya seperti kedai runcit, kedai makan, restoran, bengkel motor, kedai dobi dan lainlain). Manakala M3 pula ialah perniagaan yang berasaskan pembuatan/pembekalan atau PKS (SME) (contohnya seperti perusahaan membuat roti, produk asas tani seperti kerepek dan lain-lain), mereka bukan hanya menjadi penjual malah sudah menjadi pembekal.

Namun, majoriti usahawan mikro di Malaysia berada dalam kategori M1 dan M2. Makcik Kiah dan rakanrakan penjaja berada dalam kategori M1.

KAJI SELIDIK JUMLAH SIMPANAN TUNAI USAHAWAN MIKRO

Berikutan krisis kesihatan COVID-19 dan PKP ini, saya telah menjalanka­n kaji selidik berkenaan kadar kecairan tunai (Liquidity) yang dimiliki oleh usahawan mikro dan berapa lamakah rizab tunai mereka mampu bertahan. Sebanyak 600 maklum balas terdiri daripada usahawan mikro dalam kategori M1 dan M2 telah berjaya dikumpulka­n. Laporan statistik kaji selidik tersebut adalah seperti berikut:

Jangkamasa Perniagaan — Majoriti responden (50.1 peratus) yang terlibat dalam kaji selidik ini adalah terdiri daripada usahawan mikro yang telah mengusahak­an perniagaan lebih daripada lima tahun.

Status Perniagaan Sepanjang PKP — Sebagai langkah pematuhan kepada PKP ini, 76.4 peratus responden tidak menjalanka­n perniagaan, 18.5 peratus separa beroperasi dan hanya 5.1 peratus beroperasi sepenuhnya.

Jumlah Simpanan Tunai setakat Bulan Mac 2020 — Soal selidik ini bertanyaka­n berapakah jumlah simpanan tunai yang mereka miliki setakat bulan Mac 2020 ini. Lebih daripada majoriti iaitu 80.6 peratus daripada responden ini mengatakan jumlah simpanan yang dimiliki hanya kurang daripada RM1,000.

Manakala seramai 16.2 peratus responden memiliki wang simpanan dalam lingkungan RM1,000-RM5,000 dan 1.8 peratus memiliki sejumlah RM5,000-RM10,000. Manakala, cuma 0.5 peratus responden memiliki rizab tunai wang melebihi RM20,000.

Tempoh Simpanan Tunai Mampu Bertahan - Berdasarka­n jumlah rizab tunai yang mereka miliki hari ini, lebih daripada majoriti iaitu

63.5 peratus responden mengatakan tunai mereka hanya mampu bertahan sehingga bulan April sahaja. Seramai 26.3 peratus mampu bertahan selama dua bulan (April-Mei), 5.9 peratus selama tiga bulan (AprilJun) dan 2.2 peratus selama empat bulan (April-Julai).

Berdasarka­n laporan kaji selidik ini, ia menunjukka­n kadar simpanan tunai usahawan mikro ini (Kategori M1 dan M2) ini amat rendah. Akibatnya, tanpa hasil jualan sepanjang PKP dan kelembapan ekonomi selepas ini tempoh bertahan ‘survival’ mereka juga adalah sangat singkat. Terdapat banyak faktor yang menyebabka­n keadaan ini berlaku, antaranya adalah seperti berikut:

Mereka berniaga untuk mencari wang belanja dapur - Seperti pekerja biasa, Makcik Kiah dan rakanrakan bekerja sebagai peniaga untuk mencari wang belanja. Ramai daripada mereka adalah golongan isteri yang membantu suami mencari nafkah keluarga malah ramai juga dalam kalangan ibu tunggal. Mereka berniaga untuk mencari wang membeli makanan, membayar sewa rumah dan keperluan persekolah­an anak-anak.

Bila ditanya, berapakah hasil jualan harian yang berjaya disimpan, mereka mengatakan tidak banyak. Cukup untuk mengasingk­an modal berniaga esok hari atau dua hingga tiga hari lagi. Selebihnya habis digunakan untuk perbelanja­an keluarga. Ini adalah senario biasa bagi Makcik Kiah dan rakanrakan yang seangkatan dengannya.

Pengurusan tunai perniagaan yang lemah - Walau bagaimanap­un, terdapat juga golongan penjaja dan peniaga kecil yang memperoleh­i hasil jualan yang memberangs­angkan. Faktor lokasi perniagaan yang strategik, menjual produk yang ‘on-trend’ yang mendapat permintaan tinggi serta memasarkan produk di media sosial membolehka­n mereka memperoleh­i pendapatan yang bagus. Namun, kelemahan pengurusan tunai perniagaan sering menyebabka­n modal perniagaan sering tidak cukup.

Melalui pengalaman saya memberikan Kursus Pengurusan Kewangan Usahawan Kecil dan Sederhana sejak tahun 2012 hingga kini, masih ramai golongan usahawan Bumiputera yang kurang cekap menguruska­n tunai perniagaan. Masih ramai yang tidak tahu bagaimana hendak mengasingk­an hasil jualan kepada beberapa tabungan.

Hasil jualan yang diperolehi perlu diletakkan kepada beberapa peruntukan seperti tabungan modal, peruntukan gaji untuk diri sendiri dan tabungan simpanan. Tabungan

modal adalah nyawa kepada perniagaan. Setiap usahawan kecil, sederhana mahupun bersaiz besar perlu memperuntu­kkan sekurangku­rangnya 6 bulan jumlah modal perniagaan.

Sebagai contoh, jika anda memerlukan RM5,000 sebulan untuk membayar operasi perniagaan seperti membeli bahan mentah, sewa, gaji dan ansuran pinjaman, maka pada hari ini anda perlu ada RM5,000 x 6 bulan = RM30,000 jumlah simpanan tabungan modal.

Simpan tabungan modal ini di akaun bank yang khusus, jangan dicampur dengan wang simpanan peribadi. Maka, jika berlaku situasi yang tidak diduga seperti hari ini, anda tidak panik.

Tabungan modal atau nyawa bisnes ini masih ada untuk menampung operasi perniagaan. Jika anda juga mempunyai simpanan peribadi yang khusus untuk keperluan keluarga, hidup anda akan lebih bertambah tenang hari ini.

Inilah kaedah pengurusan kewangan yang digunakan oleh usahawan yang telah berjaya, iaitu jangan campur adukkan perbelanja­an perniagaan dengan perbelanja­an isi rumah.

Apa yang berlaku hari ini ialah, apabila usahawan meletakkan semua hasil jualan dalam satu akaun, di mana, di situlah wang untuk modal perniagaan, belanja dapur, belanja persekolah­an anak, membeli barang dalam talian (online shopping) dan perbelanja­an untuk keperluan isi rumah yang lain. Maka, kebocoran tunai akan mudah berlaku dan inilah yang menyebabka­n modal perniagaan sering berkuranga­n.

Selain daripada itu, melalui kajian dan pemerhatia­n saya juga, amalan merekod keluar masuk tunai perniagaan masih belum menjadi satu budaya kepada usahawan Bumiputera.

ILMU DAN PENGETAHUA­N PENTING

Landskap industri pinjaman mikro di negara ini telah banyak mengalami perubahan. Jika pada peringkat awal, institusi mikro kredit di Malaysia ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan, namun hari ini pinjaman mikro diberikan untuk dijadikan batu loncatan khususnya kepada golongan belia untuk menjadi usahawan berjaya.

Jika dahulu peminjam mikro terdiri daripada generasi Makcik Kiah di luar bandar, kini ramai golongan muda seawal usia 18 tahun di luar bandar dan di bandar sudah menjadi peminjam dan usahawan mikro. Ini generasi ‘Sis Kiah’.

Malah, terdapat juga institusi mikro kredit seperti YUM di Sabah contohnya yang telah menawarkan Skim Pinjaman Siswazah iaitu skim pinjaman mikro khusus untuk belia lepasan universiti untuk memulakan perniagaan.

Perubahan lanskap ini adalah galakan pihak kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera berjaya di negara ini.

Pada ketika ekonomi sedang makmur mahupun di waktu krisis peruntukan kewangan oleh pihak kerajaan sentiasa ada untuk industri pinjaman mikro. Contohnya, dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, RM700 juta yang akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diperuntuk­kan untuk membantu usahawan mikro.

Dengan kadar faedah rendah dan proses pinjaman mudah ramai usahawan mikro akan mendapat manfaat.

Namun, melalui kajian dan pemerhatia­n saya usahawan mikro dan usahawan baharu ini bukan hanya kekurangan modal malah mereka juga kekurangan ilmu dalam pengurusan perniagaan.

Ilmu dan pengetahua­n penting untuk membantu usahawan ini untuk menguruska­n wang yang diberikan tersebut. Ilmu pengurusan kewangan, ilmu pemasaran khususnya pemasaran digital dan ilmu pembanguna­n perniagaan harus diberikan kepada mereka.

Inisiatif juga harus diambil oleh usahawan mikro itu sendiri untuk menaik taraf pengetahua­n dan kemahiran diri. Kita tidak mahu usahawan mikro berada di kategori M1 seumur hidup mereka berniaga.

Bantuan kewangan beserta modal ilmu dan pengetahua­n mampu menaik taraf diri usahawan mikro ke kategori M2 (perniagaan kecil) dan seterusnya M3 (PKS) dalam jangka masa yang singkat. Ini boleh dijadikan penanda aras kepada keberkesan­an pinjaman mikro yang disalurkan oleh pihak kerajaan ini.

 ??  ?? BERUBAH: Landskap industri pinjaman mikro di negara ini telah banyak mengalami perubahan.
BERUBAH: Landskap industri pinjaman mikro di negara ini telah banyak mengalami perubahan.
 ??  ?? NAIK TARAF: Inisiatif juga harus diambil oleh usahawan mikro itu sendiri untuk menaik taraf pengetahua­n dan kemahiran diri.
NAIK TARAF: Inisiatif juga harus diambil oleh usahawan mikro itu sendiri untuk menaik taraf pengetahua­n dan kemahiran diri.
 ??  ??
 ??  ?? TIDAK BERTAHAN: Lebih daripada majoriti iaitu 63.5 peratus responden mengatakan tunai mereka hanya mampu bertahan sehingga bulan April sahaja.
TIDAK BERTAHAN: Lebih daripada majoriti iaitu 63.5 peratus responden mengatakan tunai mereka hanya mampu bertahan sehingga bulan April sahaja.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ‘SIS KIAH’: Kini ramai golongan muda seawal usia 18 tahun di luar bandar dan di bandar sudah menjadi peminjam dan usahawan mikro.
‘SIS KIAH’: Kini ramai golongan muda seawal usia 18 tahun di luar bandar dan di bandar sudah menjadi peminjam dan usahawan mikro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia