Utusan Borneo (Sabah)

Video adiwira Marvel beri kesedaran COVID-19

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM) Ariffin Mohamad tidak menyangka video berdurasi 50 saat yang memaparkan watak adiwira dari Avengers mendapat tontotan lebih 1.5 juta orang.

Paling membanggak­an, video pendek ciptaannya itu turut dikongsi pelawak terkenal tanah air Zizan Razak bagi menyokong kempen ‘Stay At Home’.

“Saya banyak melihat video yang menyokong kempen ‘Stay At Home’ di saluran YouTube semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi menyokong usaha kerajaan itu, saya turut terpanggil untuk membuat satu video membabitka­n adiwira dari filem Avengers bagi menyampaik­an mesej yang sama,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurutnya, video pendek yang hanya dibuat sekadar mengisi masa lapang dan hiburan itu bagaimanap­un telah menjadi tular serta mendapat perhatian media cetak dan elektronik.

Ariffin berkata, video berkenaan yang telah dimuat naik di Facebook pada 30 Mac lalu bagaimanap­un mencipta kejutan apabila ia mendapat jumlah tontotan melebihi 1.5 juta dari Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

“Saya mengambil masa kurang satu jam untuk menghasilk­an video pendek menggunaka­n perisian Adobe Premier Pro dan digabung perisian dengan adegan filem,” ujarnya.

Video pendek berkenaan menyaksika­n ayahnya sedang menyediaka­n makanan di dapur sementara watak adiwira seperti Kapten America, Thor, Hulk, Iron Man dan rakannya lain sedang berbincang di meja makan.

“Apa yang penting sebenarnya ialah mesej yang ingin disampaika­n iaitu orang awam perlulah mematuhi PKP dan duduklah di rumah bagi membantu kerajaan memusnahka­n rantaian COVID-19,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Ariffin juga turut membantu badan bukan kerajaan menyampaik­an sumbangan makanan kepada keluarga yang terjejas COVID-19.

 ?? ARIFFIN ??
ARIFFIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia