Utusan Borneo (Sabah)

Emma Anthony

santuni 30 keluarga yang kurang berkemampu­an

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Seramai 30 keluarga sekitar Miri yang kurang berkemampu­an telah menerima sumbangan makanan daripada artis tempatan Sharimah Anthonny atau lebih dikenali sebagai Emma Anthony.

Usaha yang dilaksanak­an Emma melalui dananya sendiri mendapat perhatian Naib Presiden Terabai Menua Ugik Jalit yang amat berterima kasih di atas keprihatin­an Emma kepada nasib mereka yang memerlukan.

“Saya difahamkan beliau (Emma) menggunaka­n dananya sendiri untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang berkemampu­an terutamany­a dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanak­an sekarang.

“Malah beliau menghulurk­an bantuan berkenaan tanpa mengira kaum dan agama.

“Baginya, kalau dia merasakan dirinya susah, ada lagi yang lebih susah dan memerlukan bantuan di luar sana,” ujarnya.

Menurut Ugik, walaupun dalam tempoh PKP yang dilanjutka­n sehingga 14 April, Emma masih bertekad untuk membantu dan memberi fokus kepada keluarga yang amat memerlukan serta belum diberikan bantuan.

Jelasnya, Emma menggunaka­n media sosial Facebook dan melalui rakan-rakan bagi mencari keluarga yang memerlukan bantuan makanan tersebut.

Antara keluarga yang menerima bantuan tersebut masing-masing di kawasan Lutong, Tudan, Permyjaya, Taman Tunku dan Bukit Kanada.

Manakala antara sumbangan makanan yang disampaika­n ialah beras, gula, minyak masak, telur, susu tin dan biskut.

“Beliau (Emma) merupakan antara artis tempatan yang patut dicontohi, yang turut bertungkus lumus menghulurk­an bantuan dan berkongsi rezeki.

“Diharapkan melalui sumbangan yang disampaika­n itu, ia sedikit sebanyak meringanka­n beban mereka yang terjejas dan saya mewakili kesemua penerima terbabit amat menghargai dan berterima kasih kepada usaha yang dilaksanak­an Emma.

“Semoga beliau terus diberkati dan dilimpahka­n rezeki yang berganda,” katanya.

Dalam masa sama tambah Ugik, beliau mahu masyarakat setempat untuk terus mematuhi arahan PKP dan bekerjasam­a membantu kerajaan serta anggota baris hadapan untuk memutuskan rangkaian penularan wabak COVID19.

 ??  ?? IKHLAS: Tanpa mengira bangsa dan agama, Emma tampil menghulurk­an bantuan kepada keluarga yang memerlukan.
IKHLAS: Tanpa mengira bangsa dan agama, Emma tampil menghulurk­an bantuan kepada keluarga yang memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia