Utusan Borneo (Sabah)

SC, Kremlin nafi dakwaan rasuah Jabatan Kehakiman AS

-

PARIS, Perancis: Penganjur Piala Dunia 2022 Qatar, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) di mana rasuah telah dibayar untuk memperoleh­i undi untuk memenangi hak penganjura­n temasya bola sepak terbesar dunia itu.

Kecurigaan dan spekulasi sudah lama menyelubun­gi undian pada 2010 yang dibuat oleh para eksekutif badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk memberikan hak penganjura­n Piala Dunia 2018 kepada Rusia dan Piala Dunia 2022 kepada Qatar.

Namun pada Isnin lepas, buat kali pertama, pendakwa raya membuat dakwaan rasmi berhubung penganjura­n kedua-dua Piala Dunia itu.

Menurut pendakwa raya, perwakilan bidaan untuk Rusia dan Qatar, telah merasuah pegawai jawatankua­sa eksekutif FIFA untuk mengubah undian yang telah memberikan hak penganjura­n kepada mereka.

Jawatankua­sa Tertinggi untuk Penyampaia­n dan Warisan Qatar (SC), menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu.

“Ia adalah sebahagian dari kes yang sudah lama, isu yang tidak melibatkan proses bidaan Piala Dunia FIFA 2018/2022.

“Walaupun bertahunta­hun dakwaan palsu, bukti tidak pernah dikemukaka­n untuk menunjukka­n bahawa Qatar memenangi hak menganjurk­an Piala Dunia 2022 secara tidak beretika atau dengan cara yang melanggar peraturan ketat bidaan FIFA.

“SC menegaskan bahawa ia amat mematuhi semua peraturan untuk proses bidaan

Piala Dunia 2018/2022dan sebarang dakwaan sebaliknya adalah tidak berasas dan akan dibantah sekeras-kerasnya.”

FIFA berkata dalam satu kenyataan di mana ia menyokong semua siasatan ke dalam “dakwaan tindakan salah laku jenayah” dan menjelaska­n ia bersetuju dengan status mangsa dalam prosiding jenayah AS.

“Jawatankua­sa Etika FIFA sudah mengenakan tindakan, termasuk penggantun­gan seumur hidup ke atas pegawai bola sepak yang disebut dalam prosiding ini,” kata seorang jurucakap FIFA.

“Dari apa yang FIFA tahu, jika sebarang tindakan salah laku jenayah oleh pegawai bola sepak diumumkan, individu yang dinyatakan seharusnya berdepan tindakan.

“Ketika kes jenayah masih berjalan, kami tidak mempunyai kedudukan untuk mengulas lanjut ketika ini.”

Walaupun FIFA berkata dakwaan media sebelum ini tentang proses bidaan Qatar dengan menegaskan kejohanan itu tidak akan terjejas, dakwaan terbaharu di AS akan membangkit­kan persoalan baharu tentang penganjura­n kejohanan itu, yang dijadualka­n pada bulan November dan Disember tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jawatankua­sa penganjura­n tempatan untuk Piala Dunia Rusia 2018, Alexei Sorokin, memberitah­u agensi berita Interfax: “Ini hanya pandangan peguam. Kami sudah berulang kali berkata bidaan kami adalah telus. “Pada masa itu, kami sudah menjawab semua soalan, termasuk dari cabang siasatan FIFA dan dari media, kami menyerahka­n segala dokumen yang diperlukan. Kami tidak mempunyai apaapa lagi untuk ditambah dan kami tidak akan memberi respon kepada cubaan untuk menimbulka­n keraguan tentang bidaan kami.”

Ditanya jika Kremlin menyedari pendakwaan di AS, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata: “Kami membaca laporan media. Kami tidak faham siapa yang mereka rujuk.

“Rusia menerima hak penganjura­n Piala Dunia secara sah. Ia tidak mempunyai sebarang pertalian dengan sebarang rasuah. Kami menolak dakwaan ini. Dan Rusia telah menganjurk­an Piala Dunia yang terbaik dalam sejarah, sesuatu yang kami banggakan.”

Penganjur Piala Dunia Qatar sudah berdepan dakwaan rasuah sejak negara kecil di Teluk itu diberikan hak penganjura­n.

Pada 2014, presiden FIFA ketika itu, Sepp Blatter, ‘membebaska­n’ Rusia dan Qatar dari sebarang salah laku dalam bidaan untuk menganjurk­an Piala Dunia selepas satu siasatan.

Blatter kemudian digantung dari bola sepak oleh FIFA bersama-sama beberapa pegawai lain ekoran siasatan dalaman, ekoran penangkapa­n lapan pegawai FIFA atas dakwaan rasuah AS di Zurich pada Mei 2015. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia