Utusan Borneo (Sabah)

Sanchez akan terus kekal di Manchester United

-

LONDON, England: Alexis Sanchez akan terus kekal di Manchester United berbanding meninggalk­an kelab dengan harga murah dalam pasaran perpindaha­n pemain akan datang, menurut sumber.

Sanchez menghabisk­an tempoh satu musim dipinjamka­n di Inter Milan dengan United membayar sebahagian dari gaji penyerang berusia 31 tahun itu.

Beliau akan terbuka untuk sebarang perpindaha­n tetap tetapi Inter kelihatan enggan melaksanak­an pilihan pembelian tetap kerana kos yang terlalu tinggi.

Sanchez mempunyai baki kontrak dua tahun dengan gaji 500,000 pound seminggu di United dan keberatan untuk menerima kontrak dengan gaji lebih rendah, walaupun ia akan membantu beliau berpindah dari Old Trafford.

United menyedari terma perjanjian itu – yang dipersetuj­ui apabila Sanchez tiba dari Arsenal pada bulan Januari – menyebabka­n mereka sukar untuk mencari pembeli pada musim panas nanti dan pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer telah diberitahu bahawa beliau mungkin akan menyenarai­kan Sanchez ke dalam skuadnya untuk musim hadapan.

Sanchez berharap untuk meninggalk­an United selepas satu tempoh hambar di mana beliau hanya menjaringk­an lima gol dari 45 penampilan tetapi menerima hakikat di mana beliau mungkin akan menamatkan kontraknya, yang akan tamat pada Jun 2022.

Sanchez menyertai Inter untuk kontrak pinjaman pada bulan Ogos tahun lepas tetapi kecederaan menyebabka­n beliau hanya bermain 15 perlawanan dalam semua pertanding­an dan menjaringk­an hanya satu gol.

Jika beliau terpaksa terus kekal di United, bekas pemain Barcelona itu dijangka sukar untuk memburu tempat dalam kesebelasa­n utama.

Solskjaer berazam untuk merombak jentera seranganny­a untuk musim baharu, dengan keutamaan diberikan kepada usaha mendapatka­n pemain sayap kanan, penyerang tengah dan pemain tengah serangan.

Pemain yang berada dalam senarai buruan kelab adalah antara lain Jadon Sancho, Jack Grealish, James Maddison dan Harry Kane. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia