Utusan Borneo (Sabah)

Jayakan PKP, hapus rantaian COVID-19

Semakin ramai masyarakat patuh arahan, ambil langkah pencegahan sendiri

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kalangan masyarakat dikategori­kan baik sejak dikuatkuas­akan di sini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nasri Mansor dalam kenyataann­ya sebelum ini turut meletakkan lebih 95 peratus masyarakat Lahad Datu mematuhi PKP.

Tinjauan Utuaan Borneo di beberapa lokasi tumpuan pula mendapati arahan PKP dipatuhi orang ramai tanpa berlakunya insiden luar jangkaan.

Seorang kakitangan kerajaan, Ratnah Kassim, 46, berkata beliau bersyukur kerajaan melaksanak­an PKP untuk memastikan rakyat Malaysia selamat dari jangkitan wabak pandemik ini.

Menurutnya, sepanjang PKP dikuatkuas­akan beliau hanya empat kali keluar dari rumah untuk berurusan di bandar Lahad Datu.

“Saya lebih memilih untuk menjaga ahli keluarga saya untuk kekal berada di rumah dan melakukan aktiviti bersama mereka di rumah,” katanya.

Menurutnya, beliau bersyukur pengurusan peringkat kampung melaksanak­an langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan PKP dipatuhi penduduk Kampung Silam.

Katanya, menghalang kunjungan orang luar dari memasuki kampung antara usaha berkesan dalam memastikan kampungnya terkawal dari jangkitan COVID-19.

“Meskipun begitu, bagi saya amalan penjagaan kebersihan di rumah perlu lebih ditekankan di peringkat kampung-kampung kerana inilah masanya ianya dilakukan setiap ahli keluarga untuk menghindar­i virus musuh yang tidak dilihat mata kasar ini,” katanya.

Ratnah mahu PKP terus dikuatkuas­akan dengan lebih berkesan sehingga bilangan pesakit di tahap paling rendah dan sudah dapat dikawal.

“PKP juga perlu diambil peduli semua pihak tanpa mengira status kerana kita semua mempunyai harapan untuk terus bebas dari COVID-19 dan menjalani kehidupan harian yang lebih baik,” katanya.

Asmawati Roslan, 34, yang berkhidmat dalam perkhidmat­an yang dibenarkan sepanjang PKP berkata beliau menyaksika­n keadaan kesesakan di jalan raya setiap hari.

Menurutnya, masih terdapat 30 peratus masyarakat yang masih tidak faham matlamat PKP di Lahad Datu.

“Walaupun banyak jalan yang ditutup masih ada lagi yang keluar tanpa alasan munasabah, kesedaran mereka tentang mengapa PKP dan apa yang mahu dicapai masih tidak difahami dengan jelas.

“Sekiranya mereka faham, sewajarnya mereka memilih untuk duduk di rumah tanpa perlu keluar dan dijangkiti seterusnya menjangkit­kan COVID-19 kepada ahli keluarga,” katanya.

Asmawati menegaskan matlamat fasa kedua PKP masih belum dapat dicapai dan kerajaan perlu lebih melihat pendekatan lebih tuntas agar rantaian COVID-19 dapat dimusnahka­n.

Antara kaedah yang dilihat perlu diberi perhatian kerajaan adalah penyelesai­an pada permasalah­an masyarakat hendak mendapatka­n bekalan makanan yang boleh menggunaka­n kaedah atas talian.

“Saya berharap orang ramai bersatu jayakan misi PKP dengan memainkan peranan masing-masing menetang COVID-19 ini,” katanya.

 ??  ?? RATNAH
RATNAH
 ??  ?? ASMAWATI
ASMAWATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia