Utusan Borneo (Sabah)

PKP mampu menyekat penularan COVID-19 dalam masa terdekat

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Semua bantuan barangan keperluan harian sumbangan kerajaan persekutua­n mahupun negeri yang diagihkan kepada rakyat adalah adil dan telus tanpa mengira fahaman politik.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni bagaimanap­un terkilan bantuan kerajaan ini telah dipolitikk­an oleh pihak tidak bertanggun­gjawab meskipun ia sedang dalam proses pengagihan.

“Kerajaan negeri dan pusat mempunyai kaedah dan proses yang perlu diikuti sebelum agihan bantuan makanan dilakukan termasuk mengambil maklumat penduduk yang kehabisan makanan.

“Saya agak terkilan kerana dalam laporan berita tempatan berbahasa Inggeris hari ini (semalam) melaporkan seorang penduduk rumah panjang meminta bantuan daripada pembangkan­g kerana tidak mendapat bantuan daripada kerajaan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Lukanisman berkata, agihan bantuan adalah berdasarka­n keperluan penduduk bukannya mengikut fahaman politik atau pengundi.

“Semestinya ada senarai yang tercicir, maka saya mengeluark­an kenyataan bahawa bagi rakyat yang tercicir, maklumat mereka ini diambil agar sukarelawa­n dapat menghantar bantuan dengan segera,” jelasnya.

Bagi proses penghantar­an agihan makanan di kawasan luar bandar, kaedah yang diguna pakai adalah mendapat senarai nama daripada tuai rumah atau ketua kampung dan jumlah pintu rumah.

“Saya bersama ADUN Bekenu dan Lambir bersamasam­a mengagihka­n bantuan agar tidak berlaku sebarang pertindiha­n dan paling penting, ia sampai kepada kumpulan sasar,” ujarnya.

Bagi Parlimen Sibuti, agihan ke setiap rumah panjang dan kampung telah dilakukan sejak Isnin lepas malah terdapat juga bantuan awal pihak pertubuhan bukan kerajaan dan persendiri­an.

“Saya tidak mempunyai masa untuk mempolitik­an isu agihan makanan.

“Saya mengambil pendekatan tidak memuat naik gambar-gambar agihan di Facebook namun ia tidak bermakna tiada bantuan disalurkan,” tegasnya.

Lukanisman berkata, setakat ini sejumlah 5,301 pintu rumah telah menerima bantuan masingmasi­ng malah kira-kira 1,000 paket makanan juga dihantar ke DUN Bekenu bagi menampung senarai tercicir.

“Secarakese­luruhanjum­lah agihan bantuan makanan

“Kerajaan negeri dan pusat mempunyai kaedah dan proses yang perlu diikuti sebelum agihan bantuan makanan dilakukan termasuk mengambil maklumat penduduk yang kehabisan ” makanan. Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti

bagi Parlimen Sibuti telah mencecah kira-kira 10,352 agihan dan ia membuktika­n laporan akhbar terbabit berat sebelah,” jelasnya.

Lukanisman turut berpesan sekiranya pihak pembangkan­g ingin bersama membantuny­a bersamasam­a mengagihka­n makanan kepada penduduk maka usaha itu perlu diteruskan.

“Mereka boleh terus menghulurk­an bantuan dengan ikhlas namun jangan pula mereka mempolitik­kan isu bantuan itu semata-mata untuk kepentinga­n politik pada saat negara berdepan pandemik COVID-19,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? TIADA ISU POLITIK: Lukanisman (kiri) menyampaik­an sumbangan makanan kepada Tuai Rumah Donny Bayong di Sungai Kebaloi Lambir untuk diagihkan semula kepada penduduk yang terkesan COVID-19.
TIADA ISU POLITIK: Lukanisman (kiri) menyampaik­an sumbangan makanan kepada Tuai Rumah Donny Bayong di Sungai Kebaloi Lambir untuk diagihkan semula kepada penduduk yang terkesan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia