Utusan Borneo (Sabah)

TAHAP PEMATUHAN 95 PERATUS

Berdasarka­n laporan harian berkaitan PKP Fasa Dua

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Tahap pematuhan rakyat Sabah terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Dua di seluruh negeri kini mencapai tahap lebih 95 peratus (%).

Setiausaha Negeri Sabah selaku Pengerusi Sabah COVID-19 Command Centre (SCCC) Datuk Safar Untong berkata, perkembang­an itu berdasarka­n laporan harian diterimany­a.

“Saya mendapat laporan setiap hari, contohnya di Bandaraya Kota Kinabalu mencapai sehingga 97%,” katanya, di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah (PPNS) di sini, semalam.

Safar berkata langkah untuk memperketa­tkan PKP di sesebuah kawasan di negeri ini pula bergantung kepada penilaian Majlis Keselamata­n Negara (MKN) jika ada keperluan.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah itu tidak melibatkan penguatkua­saan seluruh daerah jika dilaksanak­an tetapi hanya lokaliti atau penempatan tertentu di dalam daerah.

“Sudah tentu ada standard prosedur operasi yang perlu dipatuhi dan kita perlu mematuhi semua arahan yang dikeluarka­n dari semasa ke semasa jika PKP diperketat­kan,” katanya.

Beliau berkata aktiviti yang dibenarkan beroperasi juga sangat jelas berpanduka­n PKP dan

Kerajaan Negeri tidak benarkan selain produk atau perkhidmat­an keperluan. Menyentuh hal berkaitan, beliau mengesahka­n bahawa isu kekurangan reagan di Sabah juga berjaya diatasi dan semua baki sampel terkumpul sebelum ini dapat dianalisis.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sudah berusaha untuk menyelesai­kan semua sampel yang ada untuk dianalisis dengan bekerja 24 jam mengikut tiga syif setiap hari.

“Pasukan khas mereka juga mengambil masa 48 jam untuk menyelesai­kan baki sampel terkumpul yang belum dianalisis sebelum ini akibat masalah ketiadaan reagan,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengesahka­n bahawa setakat ini juga tidak ada permohonan baharu daripada rakyat Malaysia yang merayu untuk balik ke negara ini dari Indonesia.

 ??  ?? BANTUAN: Safar (tiga kanan) mewakili Kerajaan Negeri menerima sumbangan bantuan kelengkapa­n untuk barisan petugas hadapan daripada Konsulat Jeneral Republik Rakyat China Kota Kinabalu dan dua syarikat lain di PPNS Kota Kinabalu.
BANTUAN: Safar (tiga kanan) mewakili Kerajaan Negeri menerima sumbangan bantuan kelengkapa­n untuk barisan petugas hadapan daripada Konsulat Jeneral Republik Rakyat China Kota Kinabalu dan dua syarikat lain di PPNS Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia