Utusan Borneo (Sabah)

24 pusat kuarantin dibuka di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak 24 pusat kuarantin sedang beroperasi di negeri ini termasuk penambahan satu pusat iaitu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau pada 8 April lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, pada 7 April 2020, seramai 132 orang ditempatka­n di pusat kuarantin di seluruh Sabah.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah terkumpul yang masih berada di pusat kuarantin sebanyak 969 orang dan seramai 22 orang dibenarkan pulang kelmarin.

“Pembukaan pusat kuarantin adalah mengikut keperluan dan apabila ada kes dilaporkan di satu daerah, ada kepentinga­n untuk kita meletakkan mereka yang disyaki di pusat kuarantin.

“Penempatan mereka di pusat kuarantin bagi membolehka­n pihak kesihatan menjaga dan memastikan mereka ini tidak bergerak dan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain.

“Masyarakat juga tidak sepatutnya memandang serong atau mendiskrim­inasi mereka yang diletakkan di pusat kuarantin. Ini adalah langkah untuk mengelak sebarang jangkitan COVID19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaia­n sumbangan topeng muka daripada Ma Zhong Friendship Associatio­n Sabah kepada Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat (KKKR) di sini semalam.

Beliau berkata, tiada orang yang mahu mendapat jangkitan COVID19. Justeru, bila ada yang terkena jangkitan, pihaknya perlu bertanggun­gjawab dan memberi perhatian kepada pesakit berkenaan.

Berhubung pusat kuarantin di Keningau, Christina berkata, terdapat kakitangan hospital yang menerima jangkitan dan ahli keluarga kakitangan yang terlibat diletakkan di pusat kuarantin terbabit.

Selain itu, bilangan kumulatif mereka yang dalam pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatia­n kuarantin di rumah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 sehingga 8 April 2020 adalah 11,431 orang.

Menurutnya, bilangan kontak rapat yang masih dalam perintah pengawasan danpemerha­tian adalah seramai 6,647 orang dan bilangan kontak rapat yang tamat tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari adalah seramai 4,784 orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia