Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan mikro lega program subsidi upah bantu pelihara kebajikan pekerja

-

LAHAD DATU: Peruntukan program subsidi upah yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Prihatin PKS (Tambahan) memberi kelegaan kepada penggiat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terutamany­a dalam kalangan usahawan mikro di daerah ini.

Seorang usahawan bakeri Kartini Othman, 46, berkata selain beberapa insentif lain yang dapat membantuny­a meneruskan perniagaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program subsidi upah itu turut memberi harapan baharu dalam memastikan kebajikan empat pekerjanya terus terpelihar­a.

Pemilik kedai bakeri ‘Bake With Aryami 2’ yang terletak di Kampung Sapagaya, dekat sini, berkata program subsidi itu akan membantu meringanka­n beban kewangan ditanggung dalam aspek pembayaran gaji pekerja memandangk­an perusahaan­nya tidak dapat menjana pendapatan dalam tempoh ini.

“Operasi kedai terpaksa ditutup selain beberapa faktor lain seperti lambakan produk siap, bekalan bahan mentah rosak dan tiada modal pusingan yang menyebabka­n perniagaan terjejas teruk.

“Bagaimanap­un, menerusi pakej tambahan, saya boleh memohon geran khas RM3,000 selain boleh memohon peruntukan subsidi upah. Ini membantu saya kerana sebagai majikan, kita perlu memikirkan kebajikan pekerja kerana mereka juga ada tanggungan dan memerlukan sumber pendapatan,” katanya kepada

Bernama.

Menerusi pakej PRIHATIN tambahan itu, kerajaan menaikkan peruntukan program subsidi upah kepada RM13.8 bilion berbanding RM5.9 bilion yang diumumkan pada 27 Mac lalu.

Di bawah inisiatif ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah antara

RM600 hingga RM1,200 mengikut jumlah bilangan pekerja.

Bantuan ini adalah untuk tiga bulan dan dikhususka­n kepada majikan yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sebelum 1 Januari, 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

Sementara itu, seorang usahawan kerepek ubi dan pisang, Jumaidah Labahu turut menyambut baik langkah kerajaan memperkena­lkan program subsidi upah memandangk­an majikan terutama usahawan mikro sepertinya mengalami kesukaran menjana pendapatan seperti biasa susulan pelaksanaa­n PKP.

Bagaimanap­un, Jumaidah berharap bantuan tersebut dapat disalurkan menerusi agensi pembimbing seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Lembaga Pemasaran

Pertanian Persekutua­n (FAMA) kerana agensi tersebut lebih mengenali usahawan PKS di sesuatu daerah.

Jumaidah, 37, telah mengusahak­an perniagaan kerepek ubi dan pisang selama 10 tahun menerusi syarikat miliknya Kechapi Enterprise yang memasarkan produk makanan itu ke seluruh Sabah.

Seorang lagi usahawan kedai jahitan, Rahmawati Baso, 33, berkata pakej PRIHATIN secara keseluruha­nnya memberi kelegaan berganda kerana pakej itu tidak hanya membantu perniagaan­nya tetapi beliau turut menerima bantuan kewangan menerusi

Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Pendapatan­nya terjejas apabila kira-kira 100 helai tempahan baju kurung yang sudah siap masih belum dapat diambil pelanggan dalam tempoh PKP yang masih berkuat kuasa sekarang, katanya.

“Saya terpaksa menggunaka­n duit simpanan untuk membayar gaji pekerja selain turut ada tanggungan lain. Sekarang fasa amat mencabar kerana perniagaan menjahit adalah satu-satunya punca pendapatan. Namun, bantuan diberikan kerajaan menerusi pakej PRIHATIN amat bermakna buat saya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia