Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu utamakan bidang kesihatan

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Kes penularan COVID-19 di negara ini adalah suatu peringatan kepada kerajaan supaya melihat aspek kesihatan sebagai satu perkara utama perlu diberi perhatian, kata aktivis masyarakat Kassim Ajirul.

Beliau berkata, semua pihak sama ada kerajaan ataupun rakyat perlu lebih bersedia menghadapi situasi yang lebih mencabar pada masa-masa akan datang.

Kassim yang juga pemimpin politik tempatan berkata, kerajaan dan rakyat perlu mengambil langkah proaktif dalam menghadapi sebarang kemungkina­n yang berlaku tanpa diduga.

Menurutnya, kerajaan harus memperkasa­kan bidang kesihatan dengan membina lebih banyak hospital, dan membina hospital khas untuk penyakit berjangkit.

Selain itu, kerajaan perlu melahirkan lebih ramai doktor pakar dan melantik lebih ramai jururawat untuk berkhidmat di hospital dan klinik kerajaan.

Katanya, ramai lulusan kolej kejururawa­tan terpaksa menganggur atau kerja dalam bidang lain kerana menunggu peluang kerja dalam bidang kejururawa­tan.

“Bidang kejururawa­tan adalah jenis perkhidmat­an yang kritikal. Sepatutnya kerajaan memberikan keutamaan dan bukan membuat pengambila­n ketika terdesak,” katanya.

Kassim berkata, kerajaan perlu membina hospital baharu di Tawau dan Semporna untuk keperluan masyarakat dan peningkata­n kualiti perkhidmat­an kesihatan.

“Sepatutnya pembinaan hospital diutamakan kerana ia lebih penting dari bandar terapung atau bandar indah.

“Binalah hospital besar di kawasan yang lebih luas, senang memarkir kereta, mempunyai kantin dan asrama untuk keluarga pesakit yang datang jauh dari kampung,” katanya.

Katanya, ini adalah antara aspek yang perlu diberi perhatian.

Beliau menasihatk­an rakyat agar sentiasa mengamalka­n sikap berjimat cermat dan jangan terlalu boros atau panik ketika bebelanja semasa PKP ini.

Menurutnya, kerajaan perlu menggalakk­an rakyatnya untuk menceburi bidang pertanian dan tidak terlalu bergantung kepada import bahan makanan dari negara luar.

 ??  ?? KASSIM
KASSIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia