Utusan Borneo (Sabah)

Klinik sementara dibuka di PPR Taman Harmoni

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Jabatan Kesihatan Kawasan telah membuka klinik sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni Batu 3 bagi kemudahan penduduk di taman itu mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan.

Pihak berkuasa telah membuat sekatan di pintu masuk dan keluar PPR Taman Harmoni sejak petang Sabtu lepas, bagi menghalang penduduk di situ keluar dari kawasan berkenaan ekoran terdapat lima individu dilaporkan positif wabak COVID-19.

Jabatan Kesihatan juga kelihatan membawa beberapa individu di bawah siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit COVID-19 untuk dihantar ke pusat kuarantin.

Orang ramai yang bukan penduduk di taman berkenaan tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis yang membuat kawalan rapi di pintu masuk dan keluar taman itu.

Pengerusi Bencana Peringkat Daerah Sandakan yang juga Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Wong Foo Tin berkata, penduduk di PPR Taman Harmoni, kini boleh mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan (rawatan) seperti biasa selepas Jabatan Kesihatan Kawasan membuka klinik sementara di perkaranga­n surau taman itu.

“Sebarang keperluan rawatan, penduduk boleh berhubung dengan pihak berkuasa yang membuat kawalan di kawasan PPR Taman Harmoni ini,” katanya.

Beliau berkata tindakan memperketa­tkan kawalan di situ dibuat berikutan pertambaha­n kes positif COVID-19 dan bilangan yang mempunyai gejala jangkitan juga semakin bertambah di PPR Taman Harmoni sebelum ini.

“Maka selaku Pengerusi Bencana Peringkat Daerah Sandakan, saya diarah untuk mengambil beberapa tindakan dan langkah pencegahan tambahan dalam masa 14 hari bermula mulai 4 April 2020 hingga 17 April 2020 sehingga kawalan jangkitan COVID-19 di kluster ini terkawal sepenuhnya di PPR Taman Harmoni,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Kawasan membuat saringan terhadap penduduk di PPR Taman Harmoni ini bermula sejak 5 April lepas hingga semua selesai (dijangka tujuh hari).

“Dalam tempoh ini, tidak ada penghuni yang dibenarkan keluar rumah dan Jabatan Kebajikan Sandakan telah pun membekalka­n makanan kering kepada semua keluarga membabitan 898 Ketua Isi Rumah (KIR) sepanjang tempoh saringan ini.

“Selepas tempoh saringan berakhir, hanya KIR atau wakil yang sihat dibenarkan keluar rumah bagi tujuan membeli bekalan makanan di pasar raya. Dan semua isi rumah yang lain dikehendak­i terus kekal berada di rumah,” katanya.

Wong berkata KIR yang keluar rumah hendaklah memakai gelang tangan yang dibekalkan oleh Jabatan Kesihatan Kawasan

sebagai tanda kawalan dan mereka dikehendak­i balik ke rumah terus sebaik sahaja selesai membuat pembelian barangan keperluan.

“Gelang tangan hendaklah dipakai (tidak boleh ditanggalk­an atau dipotong), kerana tanpa gelang ini KIR tidak boleh keluar untuk membeli barangan keperluan. Masa untuk keluar juga disediakan bagi mengelakka­n berlaku risiko berkumpul secara beramai-ramai waktu keluar beli makanan,” katanya.

Sebagai makluman tambahan, beliau berkata surau yang ada di kawasan PPR Taman Harmoni tidak boleh digunakan sementara waktu dan akan ditutup oleh pihak polis sepanjang masa perintah ini.

Wong menegaskan semua penghuni diminta memberikan kerjasama dan mematuhi sepenuhnya peraturan dan langkah-langkah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat di taman itu.

“Usaha kerajaan dalam mencegah penularan COVID-19 di PPR Taman Harmoni khususnya dan daerah Sandakan serta negeri Sabah akan mencapai kejayaan,” katanya.

 ??  ?? RAWATAN BIASA: Penduduk PPR Taman Harmoni mendapatka­n rawatan biasa di klinik sementara yang dibuka di pekarangan surau taman berkenaan.
RAWATAN BIASA: Penduduk PPR Taman Harmoni mendapatka­n rawatan biasa di klinik sementara yang dibuka di pekarangan surau taman berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia