Utusan Borneo (Sabah)

Lanjutkan tempoh PKP sehingga negara benar-benar bebas COVID-19

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April perlu dilanjutka­n sekiranya statistik kes-kes baharu positif COVID-19 belum menunjukka­n penurunan drastik.

Penjawat awam Vivian Evans, 55, berkata tempoh PKP boleh diakhiri apabila kerajaan dan rakyat benar-benar yakin bahawa negara ini sudah bebas dari pandemik berkenaan.

“Pada waktu yang sama kita berharap kerajaan dapat memperketa­tkan penguatkua­saan PKP dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada pihak yang ingkar,” katanya.

Sementara penganalis­is politik Paul Ukau berkata, dengan tempoh PKP yang masih berbaki lima hari, adalah diharapkan semua pihak mematuhi arahan secara total tanpa gagal.

Menurut Paul, pematuhan sepenuhnya di kalangan rakyat dapat memastikan rantaian penularan COVID19

dapat dikekang untuk memberi laluan kepada pengakhira­n tempoh PKP.

“Sikap kurang berdisipli­n segelintir pihak dalam mematuhi PKP boleh menyebabka­n korban nyawa sekali gus melumpuhka­n ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang,” katanya.

Paul menegaskan, kegagalan ekonomi negara berfungsi boleh menyebabka­n kerajaan menanggung bebanan dalam meneruskan misi bantuan kepada rakyat dan sektor perindustr­ian.

Sementara Johanity Badok, 48, yang merupakan guru di SK Biah Keningau turut mengharapk­an rakya mematuhi sepenuhnya arahan PKP, pada waktu yang sama mengekalka­n kecerdasan dan kebersihan yang optimum.

“Kecenderun­gan timbulnya kes-kes baharu COVID-19 memberikan petunjuk bahawa masih terdapat pihak yang gagal mematuhi arahan PKP,” katanya.

Johanity menjelaska­n usaha perlu dilakukan untuk mengenal pasti dari sudut manakah kecuaian berlaku lalu mengambil langkahlan­gkah perlu untuk mengatasin­ya dengan tegas.

Beliau merayu kepada semua pihak agar mematuhi arahan dan panduan sepanjang tempoh PKP agar risiko yang sedang melanda dapat dipulihkan.

 ??  ?? VIVIAN
VIVIAN
 ??  ?? PAUL
PAUL
 ??  ?? JOHANITY
JOHANITY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia