Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama, patuh arahan demi putuskan rantaian COVID-19

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Semuanya terbatas. Itu antara perkongsia­n salah seorang penduduk PPR Taman Harmoni di sini, yang mulai diperketat­kan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Sabtu lalu.

Rosliah Jem berkata, pergerakan mereka sekeluarga sangat terhad kerana tidak dibenarkan keluar rumah walaupun hanya sekadar untuk mendapatka­n barang keperluan.

Katanya, meskipun ada ahli keluarga atau individu yang boleh membantu membeli dan menghantar barangan, namun mereka tidak digalakkan untuk mendekati kawasan perumahan itu.

Tetapi, mereka sekeluarga bersyukur kerana kebajikan semua penduduk PPR Taman Harmoni dijaga dengan baik kerana setiap rumah dibekalkan dengan barang keperluan harian.

“Ketika PKP Fasa 1 dilaksanak­an, kami masih boleh keluar sekiranya ada urusan penting. Tetapi selepas kawalan di sini diketatkan, memang tidak ada seorang pun yang dibenarkan keluar melainkan dengan kebenaran atas sebab-sebab tertentu.

“Semuanya terbatas, tetapi demi keselamata­n dan kesihatan semua, kami beri kerjasama dan patuh dengan arahan dikeluarka­n.

“Oleh itu, saya berharap masyarakat Sandakan yang lain juga buat perkara yang sama. Hanya tinggal beberapa hari sahaja PKP Fasa 2 ini berakhir. Kita pasti boleh putuskan rantaian COVID19 jika semua bekerjasam­a dan ikut arahan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Iswadiman Shamsuddin berkata pelaksanaa­n ketat PKP Fasa 2 perlu dikuatkuas­akan oleh Pasukan Pemantau PKP Sandakan.

Katanya, meskipun fasa ini bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi, namun ramai penduduk tidak mengikuti arahan PKP malah semakin berani keluar rumah seolaholah tidak sedar tindakan mereka boleh menggagalk­an usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19.

“Walaupun beberapa tangkapan pesalah ingkar PKP telah dibuat dan dijatuhkan hukuman, ia masih gagal menberi pengajaran kepada penduduk lain.

“Justeru, pasukan keselamata­n negara perlu lebih bertindak agresif dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar arahan PKP, kerana ia bukan sahaja memberi beban kepada pasukan keselamata­n yang bertugas, malah usaha mendapatka­n kerjasama rakyat dalam menangani COVID-19 juga gagal.

“Jumlah kenderaan di jalan raya yang tinggi juga sekali gus telah menyukarka­n petugas perkhidmat­an perlu (essential services) kerana terperangk­ap dalam kesesakan, menyebabka­n laluan khas yang disediakan tidak dapat berfungsi sepenuhnya,” jelasnya.

 ??  ?? ISWADIMAN
ISWADIMAN
 ??  ?? ROSLIAH
ROSLIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia