Utusan Borneo (Sabah)

PKP: APMM hulur bantuan makanan kepada penduduk Pulau Balambanga­n

-

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan menghulurk­an bantuan bekalan makanan kepada 82 keluarga di Pulau Balambanga­n, di sini bagi meringanka­n beban keluarga berkenaan dalam menghadapi pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutua­n Sabah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung itu dilaksanak­an berikutan kesukaran penduduk mendapatka­n bekalan makanan dalam tempoh PKP, selain perjalanan dari pulau ke tanah besar Kudat juga mengambil masa lebih kurang satu jam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama (M) Mohd Rosli Abdullah berkata sumbangan seperti beras, telur, kopi dan gula disampaika­n oleh Setiausaha Kerajaan Persekutua­n Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor itu membuktika­n nasib komuniti maritim tidak dilupakan dalam tempoh PKP ini.

“Sumbangan ini juga sebagai menghargai kerjasama yang telah diberikan oleh komuniti maritim khususnya penduduk Pulau Balambanga­n (kepada APMM),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Rosli turut menasihatk­an komuniti maritim untuk sentiasa berada di rumah; menjaga kebersihan; dan mengikut arahan semasa kerajaan supaya rantaian penularan wabak COVID-19 dapat dihapuskan.

Sementara itu, wakil penduduk Pulau Balambanga­n, Azmi Kaba berkata, pergerakan penduduk kini amat terhad selain sukar ke tanah besar Kudat untuk mendapatka­n bekalan makanan kerana kebanyakan kedai tutup dan waktu operasi juga terhad.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban penduduk di sini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia