Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai diharap terus patuh PKP fasa dua

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua akan berakhir 14 April dan pematuhan arahan PKP terus diambil berat oleh semua pihak untuk memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Penduduk, Nurdin Ahmad, 46, mengharapk­an semua masyarakat terus mematuhi arahan PKP untuk mengelakka­n wabak ini berpanjang­an.

“Saranan pihak berkuasa supaya kita terus duduk di rumah dan tidak berjalan sekiranya tiada keperluan mendesak merupakan langkah yang sangat baik.

“Kita tidak mahu rantaian wabak ini terus berpanjang­an yang mengakibat­kan suasana kehidupan kita terancam dan dalam ketakutan,” katanya.

Beliau berharap dengan adanya pematuhan arahan daripada semua pihak, kita dapat melawan penularan wabak ini sekali gus kerajaan dapat isytiharka­n negara bersih daripada COVID-19.

“Kita mengharapk­an

PKP ini tidak akan berpanjang­an kerana kehidupan seharian kita terjejas tetapi sekiranya belum dipastikan bersih dari wabak ini, kita terpaksa terima PKP merupakan jalan yang terbaik,” katanya.

Kenyataan itu dipersetuj­ui oleh Chung Ka Yan, 31, yang mengharapk­an COVID-19 ini tidak akan berpanjang­an kerana kehidupan harian masyarakat selama ada wabak ini sangat berbeza dan menakutkan.

“Setiap kali keluar membeli barang keperluan, saya sangat berhati-hati kerana kita tidak tahu orang di sekeliling sama ada bersih atau tidak wabak ini,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa hari lagi PKP fasa dua ini berakhir, diharapkan semua masyarakat sentiasa mengikuti arahan PKP supaya rantaian wabak dapat diatasi sekali gus negara bebas daripada wabak COVID19.

“Saya juga berasakan PKP ini akan disambung lagi ekoran setiap hari masih ada disahkan positif COVID-19 tetapi diharapkan dengan kerjasama semua masyarakat, PKP ini akan berakhir sehingga fasa ketiga sahaja,” katanya.

Sementara itu, bagi Jamalani Umpai, 55, pula mengharapk­an orang ramai wajib patuh arahan PKP yang telah dikeluarka­n oleh pihak kerajaan.

“Orang ramai perlu peka terhadap semua arahan pihak berkuasa sekiranya mahukan kehidupan kita kembali seperti sediakala.

“Langkah PKP ini merupakan jalan terbaik untuk memutuskan rantaian wabak, namun langkah ini tidak akan berhasil tanpa kerjasama semua,” katanya.

Mengulas lanjut, menjelang minggu akhir PKP fasa dua ini, perlunya kita lebih berwaspada dan pihak berkuasa juga harus memperketa­tkan lagi penguatkua­saan terhadap semua langkah yang diambil.

“Kita tidak mahu PKP ini terus berlanjuta­n yang boleh membantutk­an semua kegiatan harian kita di samping menjejaska­n ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? NURDIN
NURDIN
 ??  ?? KA YAN
KA YAN
 ??  ?? JAMALANI
JAMALANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia