Utusan Borneo (Sabah)

MDPg wujud unit disinfeksi tertutup pertama

- Oleh Vivi Olviana Najurus DARELL

PENAMPANG:MajlisDaer­ah Penampang (MDPg) meningkatk­an langkah pencegahan membendung penyebaran COVID-19 di sini dengan mewujudkan satu unit disinfeksi tertutup pertama di pintu masuk Pasar Awam Dongongon.

Pegawai Eksekutif MDPg Tang Yang Ming berkata, inisiatif itu adalah bagi memantapka­n lagi aspek keselamata­n kesihatan pihak awam dan petugas di pasar awam Donggongon.

“Satu percubaan dibuat pada hari ini di mana sebuah unit disinfeksi tertutup untuk pasar awam telah diuji buat pertama kalinya yang turut dihadiri pegawai daripada Jabatan Kesihatan Penampang bagi memberi nasihat berkenaan pemasangan ini,” katanya.

Tang berkata idea pemasangan itu wujud selepas beliau melihat terowong santasi mudah alih yang diperkenal­kan dan diguna pakai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3 April lalu.

“Kita melihat penjarakan sosial satu meter sukar untuk diimplikas­i oleh pengunjung di pasar ini dan satu kaedah lain perlu dilaksanak­an bagi memastikan penularan dapat dielakkan.

“Jika sebelum ini pengunjung hanya menggunaka­n cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) bagi membersihk­an tangan, kini kita dapat melaksanak­an pembersiha­n secara menyeluruh sebelum mereka memasuki kawasan pasar seterusnya meningkatk­an lagi tahap keselamata­n diri masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu Tang berkata sebelum ini proses untuk mewujudkan unit disinfeksi itu mengalami sedikit masalah berkenaan kontraktor yang dilantik.

“Pada penghujung proses pembuatan, akhirnya pihak kontraktor berjaya mewujudkan unit ini, pada masa ini masih banyak penambahba­ikan yang perlu dibuat termasuk elemen utama unit ini,” katanya.

Menurutnya semua pihak termasuk pengunjung dan kakitangan MDPg serta peniaga diwajibkan untuk melalui unit disinfeksi ini bagi memastikan perlindung­an diri pada tahap maksimum.

“Kita juga dalam perancanga­n untuk memasang unit seumpama di beberapa kawasan termasuk Pejabat Majlis Daerah sendiri serta kawasan bengkel dan pasar ikan berikutan kehadiran pengunjung yang agak ramai di kawasan terbabit.

“Saya juga berterima kasih dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambokong, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong, Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking, ahli dewan serta pemimpin masyarakat dengan usaha merata keluk jangkitan COVID-19,” katanya.

Tambahnya pihaknya juga akan menjalanka­n proses pembersiha­n serta pembasmian kuman di beberapa kawasan di sini.

Sementara itu, Darell memuji sikap proaktif dan inovatif yang dilaksanak­an MDPg dalam membendung penularan COVID-19 di daerah ini.

“Unit disinfeksi yang dipasang di Donggongon adalah salah satu inovasi yang dibuat setanding dengan kaedah dilaksanak­an di beberapa negara lain bagi mencegah penularan selain memastikan tahap keselamata­n diri dalam kadar maksimum.

“Kita berterima kasih dengan usaha kakitangan Majlis Daerah Penampang dalam memastikan keselamata­n serta kesihatan penduduk di sini terus terjamin,” katanya.

 ??  ?? BERJAYA: Tang bergambar di hadapan unit disinfeksi yang dipasang di Donggongon di Penampang.
BERJAYA: Tang bergambar di hadapan unit disinfeksi yang dipasang di Donggongon di Penampang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia