Utusan Borneo (Sabah)

PKP jika dilanjut demi kebaikan semua, harus dipatuhi

Kerajaan berusaha mencari jalan terbaik untuk mengekang penularan COVID-19, kata Gira

- Oleh Andy Sabang JIMBAU

“Jika ikut perkembang­an sekarang, secara peribadi saya berpendapa­t PKP masih perlu dilanjutka­n sehingga wabak ” dibasmi sepenuhnya.

Christophe­r Gira Sambang ADUN Tamin

SIBU: Sama ada dilanjutka­n atau tidak status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal diketahui hari ini.

Pada 25 Mac lalu, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutka­n pelaksanaa­n PKP sehingga 14 April ini.

PKP telah dilaksanak­an sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, sememangny­a ramai mengharapk­an supaya tempoh PKP tidak dilanjutka­n.

Ujar beliau, ini kerana setiap orang mengingink­an untuk kembali kepada kehidupan normal di mana mereka dapat bekerja, keluar seperti biasa dan sebagainya.

Namun jika kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutka­n tempoh PKP, ia adalah jalan yang terbaik untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini di Malaysia secara keseluruha­nnya.

“Jika ikut perkembang­an sekarang, secara peribadi saya berpendapa­t PKP masih perlu dilanjutka­n sehingga wabak dibasmi sepenuhnya.

“Pada masa yang sama, setiap orang juga perlu bekerjasam­a dengan duduk di rumah supaya rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan dengan segera,” ujarnya.

Naib Presiden II PERKOF Sarawak Jimbau Galau turut senada dengan Gira apabila turut bersetuju supaya PKP diteruskan demi keselamata­n rakyat Malaysia.

“PKP perlu diteruskan sehingga kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa risiko penularan kembali pandemik COVID-19 tiada lagi.

“Bagaimanap­un pelanjutan tempoh PKP harus dipastikan tidak terlalu lama sehingga menjejaska­n mereka yang bekerja,” jelas beliau.

Katanya, kerajaan harus memikirkan beberapa kelonggara­n yang perlu dirangka secara berhatihat­i supaya rakyat dapat meneruskan aktiviti menjana pendapatan.

Pengerusi Majlis Daerah

Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai secara peribadi memberitah­u bahawa keputusan melanjutka­n PKP atau sebaliknya hanya boleh diputuskan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita bimbang jika PKP dihentikan wabak ini akan menular dan tidak mustahil ia akan menjadi lebih teruk.

“Bagaimanap­un jika PKP ini diteruskan kerajaan juga harus menilai kesan ekonomi dan perniagaan daripada peraturan ini,” jelasnya.

Ujar Sempurai, semuanya bergantung kepada kes direkodkan dan tahap pematuhan rakyat terhadap PKP.

Katanya, kerajaan perlu pastikan pematuhan rakyat mencapai 99 peratus, baru boleh pertimbang menamatkan PKP.

 ??  ?? GIRA
GIRA
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia