Utusan Borneo (Sabah)

Samarahan Zon Merah COVID-19, penduduk ambil langkah waspada, patuh PKP

-

KUCHING: Penduduk di Samarahan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan bahagian itu kini dikategori­kan sebagai Zon Merah pandemik COVID-19.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar kampung di Samarahan mendapati kebanyakan penduduk berada di kediaman masing-masing.

Malah, keadaan jalan raya, tempat awam dan pusat komersial agak lengang berikutan masyarakat di situ patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di Kampung Pinang, Samarahan pula, penduduk mengambil inisiatif melakukan sekatan di jalan masuk ke kampung berkenaan.

Menurut petugas sukarelawa­n Kampung Pinang, Zulbakri Samsudin, 32, sekatan jalan utama ke kampung itu dilakukan sejak dua minggu lalu dalam usaha mengekang penularan COVID-19 ke kawasan tersebut.

Jelasnya, orang luar juga ditegah dari masuk ke kampung tersebut jika tiada keperluan penting.

“Kalau ada orang luar masuk yang memang ada keperluan penting kita berikan pas masuk dan meminta maklumat berkaitan rumah siapa yang mereka hendak pergi.

“Tetapi selepas jam 7 malam, orang luar memang tidak akan dibenarkan masuk ke kampung ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di Kampung Pinang di sini semalam.

Mengulas lanjut sekatan itu, Zulbakri berkata, terdapat empat syif dibuat bagi mengawal pintu masuk ke kampung berkenaan.

“Setiap syif ada tiga hingga empat petugas sukarelawa­n yang terdiri daripada anggota RELA yang akan bertugas mengikut waktu yang telah ditentukan iaitu jam 8 pagi hingga 2 petang, 2 petang hingga 8 malam, 8 malam hingga 2 pagi dan 2 pagi hingga 8 pagi,” jelasnya.

Katanya lagi, setakat ini lebih 96 peratus penduduk kampung tersebut mematuhi arahan PKP.

“Sejak PKP, anak-anak muda tidak lagi melepak pada waktu malam, suasana kampung agak sunyi kerana masing-masing duduk di rumah mereka,” tambahnya.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Mazeri Santok dan Normah Yahya memberitah­u, mereka sekeluarga kini lebih memilih untuk duduk di rumah memandangk­an keadaan wabak tersebut masih belum reda.

“Rasa takut untuk keluar rumah itu memang ada kerana bimbang terkena jangkitan wabak ini.

“Sebab itu, kami sekeluarga duduk di rumah sahaja dan kalau hendak keluar membeli barang keperluan terpaksa ambil langkah jagajaga kerana Samarahan kini sudah di bawah Zon Merah,” kata Mazeri.

Pandangan yang sama turut dikongsika­n adiknya, Mohd Azri Santok yang memberitah­u, dia terpaksa mengambil keputusan untuk tidak turun bekerja kerana bimbangkan keselamata­n diri.

“Sekarang Samarahan dikategori­kan sebagai Zon Merah COVID-19, perasaan takut dan bimbang itu memang ada jika berada di luar.

“Jadi saya tidak berani untuk keluar rumah jika tiada keperluan penting yang mendesak,” tegasnya.

 ??  ?? PERIKSA: Zulbakri melakukan pemeriksaa­n suhu badan ke atas penduduk yang masuk ke Kampung Pinang.
PERIKSA: Zulbakri melakukan pemeriksaa­n suhu badan ke atas penduduk yang masuk ke Kampung Pinang.
 ??  ?? MAZERI
MAZERI
 ??  ?? AZRI
AZRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia