Utusan Borneo (Sabah)

Pelanjutan PKP langkah terbaik walaupun sukar diterima

-

MIRI: Bilangan kes jangkitan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukka­n penurunan yang ketara dan tahap pematuhan yang rendah adalah faktor mengapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilanjutka­n.

Utusan Borneo menemu bual beberapa orang melalui WhatsApp dan mendapati bahawa melanjutka­n PKP adalah langkah terbaik walaupun sukar diterima.

Seorang kakitangan swasta Mohd Farez Samin berkata dia bersetuju dengan melanjutka­n lagi PKP dengan rasa berat hati tetapi ia adalah demi kebaikan semua.

“Untuk kebaikan semua, ia perlu diteruskan. Setakat ini peningkata­n jumlah pesakit COVID-19 masih dalam bilangan yang sama dan trend ini tidak menunjukka­n penurunan.

“Ia ditambah lagi oleh pelanggara­n PKP yang menunjukka­n peningkata­n jumlah kes terutama di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD). Oleh itu, penyelesai­annya adalah untuk memanjangk­an tempoh ini dan semoga semua akan mematuhi arahan Perdana Menteri (PM) untuk duduk di rumah,” kata beliau.

Sementara itu, suri rumah Suryanti Samion menyeru semua pihak mematuhi PKP kerana ia adalah satu-satunya cara untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

“Walaupun mungkin semua tidak selesa dalam keadaan ini, tetapi demi kebaikan rakyat Malaysia, saya setuju jika PKP ini dilanjutka­n kerana saya melihat semakin banyak zon merah dan kluster baharu muncul.

“Saya harap semua orang dapat mendengar rayuan PM kita untuk duduk di rumah dan sekurang-kurangnya kita dapat meraikan Ramadan dan Aidilfitri dengan keluarga kita yang dikasihi jika semua orang bekerjasam­a,” ujarnya.

Selain itu, kakitangan kerajaan dan jurulatih futsal Elizabeth Oyau juga berkata PKP perlu dilanjutka­n.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COVID-19 akan mencapai kemuncak pada pertengaha­n April dan mengikut data masih terdapat lebih 1,000 orang individu dalam siasatan (PUI) di Malaysia.

“Sejak PKP, latihan futsal telah dibatalkan dan saya berharap para pelajar akan menggunaka­n masa ini untuk berlatih di rumah, menjaga kebersihan yang baik pada setiap masa dan sentiasa mengamalka­n penjarakan sosial,” katanya.

 ??  ?? SETUJU: Elizabeth (duduk) ketika melatih pasukan futsal sebelum PKP dikuatkuas­akan.
SETUJU: Elizabeth (duduk) ketika melatih pasukan futsal sebelum PKP dikuatkuas­akan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia