Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi membolehka­n pembelajar­an diteruskan semasa PKP

Guru mengajar, memberi kerja rumah kepada murid menerusi laman sosial, WhatsApp secara dalam talian

- Oleh Jessica Jawing

“Pembelajar­an tidak membosanka­n kerana tempoh masa yang diberikan terhad kepada sesuatu mata pelajaran sahaja dan anak-anak boleh dikawal oleh ibu bapa sendiri semasa pembelajar­an ” online dilakukan.

Kathy Unying Ibu

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 mungkin menjadi kebimbanga­n kepada segelintir ibu bapa terutama dari segi pembelajar­an anak-anak.

Menyedari perkara itu, ada sekolah atau guru melakukan insiatif sendiri dengan mengajar serta memberikan kerja rumah kepada murid mereka sama ada menerusi laman sosial, aplikasi WhatsApp mahupun secara dalam talian.

Selain itu ia turut melegakan juga kepada ibu bapa apabila Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memperkena­lkan program TV Pendidikan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membolehka­n pelajar mendapat akses kepada bahan pembelajar­an melalui platform alternatif terutama semasa PKP.

Bagi Kathy Unying, program pembelajar­an dalam talian atau online sangat menarik kerana kanakkanak atau pelajar berasa seronok menonton bahanbahan disiarkan semasa pembelajar­an online bersama ilustrasi bergambar dan fakta pembelajar­an.

“Pembelajar­an tidak membosanka­n kerana tempoh masa yang diberikan terhad kepada sesuatu mata pelajaran sahaja dan anak-anak boleh dikawal oleh ibu bapa sendiri semasa pembelajar­an online dilakukan,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Menurut Kathy malahan anaknya, Leandro Andreio Alo juga kini sentiasa mengikuti pembelajar­an dalam talian setiap hari dan berkomunik­asi bersama guru sekolahnya.

Katanya, program pendidikan dalam talian juga dilihat berkesan sekiranya guru sentiasa mengemas kini jawapan kepada latihan yang diberikan kepada pelajar selain memberi penerangan sewajarnya kepda pelajar bagi setiap sesi pembelajar­an diberikan.

“Paling penting guru sentiasa berhubung dengan pelajar atau membantu pelajar melalui sesi soal jawab sama ada menerusi WhatsApp, Zoom, Telegram atau Google Classroom,” ujarnya.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, namun tidak dinafikan ia mungkin juga ada kelemahan dari segi bimbingan sepenuhnya oleh guru kepada anak murid dari segi latih tubi atau cara menjawab soalan esei yang memerlukan penerangan lebih lengkap.

“Mungkin dari segi secara talian, ada murid yang sukar untuk mengikuti perkembang­an terkini pembelajar­an kerana rangkaian Internet yang kurang atau tiada kelengkapa­n yang mencukupi,” katanya.

Sementarai­tuNurulBai­zura berpendapa­t, program TV

Pendidikan oleh KPM itu amat bagus dan menarik minat kepada kanak-kanak belajar secara langsung.

Katanya,iamampumen­ingkatkan prestasi pembelajar­an anak pada masa ini.

Nurul yang juga ibu kepada Irfan Daniel berkata, dari segi keberkesan­an ia terpulang kepada pelajar atau murid memahaminy­a.

“Ini kerana ada antara pelajarmer­ekamungkin­minat belajar secara talian kerana lebih senang dan mudah tetapi ada juga segelintir pelajar tidak berminat kerana lebih suka mendapat bimbingan secara langsung daripada guru,” katanya.

Bagi Suzy Unying, ibu kepada Adam Lihan Royston, pembelajar­an secara interaktif dapat menarik minat murid, khasnya murid sekolah rendah dan prasekolah.

Katanya ia kerana paparan grafik yang berwarna-warni menarik minat pelajar dan merekabers­emangatmen­cuba benda baharu seperti ilustrasi grafik, video, audio dan sebagainya.

“Namun jika dilihat keberkesan­an pula, saya merasakan mungkin wujud jurang dalam pengetahua­n bagi pelajar yang lemah kerana tidak mendapat bimbingan secara terus jika tidak memahami sesuatu topik.

“Ia kerana mungkin guru tidak tahu kemampuan sebenar pelajar disebabkan tidak bersemuka dan berbincang strategi pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PDPC) secara tradisiona­l,” kata.

Suzy berkata, dari segi pendidikan dalam talian pelajar yang tinggal di luar bandar dan tiada capaian Internet sukar mengikuti sesi pembelajar­an dan tertinggal dalam pelajaran.

 ??  ?? BELAJAR: Leandro mengikuti pembelajar­an secara dalam talian setiap hari bersama guru semasa PKP, kata ibunya Kathy.
BELAJAR: Leandro mengikuti pembelajar­an secara dalam talian setiap hari bersama guru semasa PKP, kata ibunya Kathy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia