Utusan Borneo (Sabah)

MAPIM Sarawak sambut baik pengenalan TV Pendidikan

- OMAR

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak menyambut baik langkah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkena­lkan program TV Pendidikan yang dibuat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata, MAPIM amat berterima kasih kepada KPM, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta RTM atas inisiatif yang telah dimulakan sejak 6 April lalu.

“Sokongan kerajaan kepada rakyat dalam mempelbaga­ikan akses capaian ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini sangat penting, termasuk kepada para pelajar.

“Kita amat menyokong peranan dimainkan KPM ini dengan para pelajar kini mendapat akses kepada bahan pembelajar­an melalui platform alternatif,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Tambah Omar, semua sedia maklum juga bahawa penggunaan teknologi dalam waktu sukar seperti ini amat membantu para pelajar, khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaa­n penting seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Beliau yang juga Naib Presiden 1 MAPIM Malaysia berkata dengan adanya program TV Pendidikan itu, ibu bapa dan keluarga harus saling mengingatk­an anak-anak kepada jadual siarannya.

“Bahan Bantu Mengajar (BBM)sepertiTVP­endidikan ini sangat interaktif dan sangat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

“Ada komen yang datang daripada ibu bapa mengucapka­n terima kasih kepada program TV Pendidikan ini dan ia sangat menghidupk­an suasana pengajaran dan pembelajar­an walaupun anak-anak berada di rumah,” katanya.

Menurut Omar, perkembang­an teknologi sebenarnya mendatangk­an kebaikan jika digunakan secara betul dan kena pada tempatnya.

Tegasnya, harus maklum bahawa bukan semua keluarga mampu mencapai akses Internet dan dengan adanya TV Pendidikan ini, anakanak ada pilihan alternatif untuk belajar dan mengulang kaji.

“TV Pendidikan ini adalah tambahan kepada EduwebTV yang dilaksanak­an oleh Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP) di bawah KPM.

“Apa yang penting, anakanakha­rusmengamb­ilpeluang ini untuk memantapka­n pembelajar­an mereka dan ibu bapa diingatkan untuk sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk terus belajar,” katanya.

Program TV Pendidikan mula bersiaran pada 6 April menerusi saluran TV Okey, iaitu satu daripada saluran RTM yang disiarkan selama dua jam, dari jam 9 hingga 10 pagi dan jam 1 hingga 2 petang pada setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaa­n PKP.

 ??  ?? INTERAKTIF: Antara kandungan yang dipelajari menerusi TV Pendidikan di saluran TV Okey.
INTERAKTIF: Antara kandungan yang dipelajari menerusi TV Pendidikan di saluran TV Okey.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia