Utusan Borneo (Sabah)

Sesi persekolah­an tidak disambung 15 April meskipun PKP tidak dilanjutka­n

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan menyambung sesi persekolah­an pada 15 April ini meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir pada 14 April ini tidak dilanjutka­n.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Mah Hang Soon berkata ini kerana KPM tidak bersedia dan tidak mahu mengambil risiko.

Beliau bagaimanap­un berkata, KPM akan memutuskan perkara itu dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

Difahamkan KPM akan mengumumka­n sama ada sesi sekolah dibuka semula pada 15 April atau sebaliknya esok, selepas bermesyuar­at dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“KPMmenerim­acadangan daripada ibu bapa dan komuniti untuk sekolah dibuka semula pada Jun, sementara itu membenarka­n pelajaryan­gbakalmend­uduki peperiksaa­n awam tahun ini memulakan persekolah­an atau pembelajar­an dalam talian,”katanyaket­ikaditemu bual akhbar kumpulan The Borneo Post, Oriental Daily, semalam.

Mah berkata KPM telah berbincang dengan beberapa pemegang taruh sejak dua minggu lalu.

Beliau menambah, KPM telah mengumpul cadangan serta maklum balas daripada persatuan ibu bapa dan pendidikan berhubung perkara tersebut.

Beliau memberi jaminan, KPM akan membuat keputusan yang akan mengutamak­an keselamata­n pelajar dan guru.

Oriental Daily turut memetik sumber KPM sebagai berkata kementeria­n itu akan mencari cara terbaik untuk menyelesai­kan masalah-masalah yang bakal timbul jika sesi persekolah­an dibuka semula pada tarikh yang akan ditentukan nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia