Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran operasi dua hari seminggu perkhidmat­an penting gembirakan rakyat

-

MIRI:Masyarakat­setempatdi sini melahirkan rasa gembira setelah beberapa kedai perkhidmat­an dibenarkan beroperasi semula pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini walaupun hanya beroperasi dua kali seminggu.

Premis yang dibenarkan beroperasi terbabit ialah kedai perkakasan, kedai penjualan input pertanian (baja, racun, makanan binatang), kedai menjual alat ganti (jentera pertanian dan industri) dan kedai bengkel kereta atau motosikal.

Mereka hanya dibenarkan beroperasi setiap Selasa dan Khamis mulai jam 7 pagi hingga 7 malam sepanjang tempoh PKP.

Menurut notis yang dikeluarka­n Majlis Bandaraya Miri (MBM), pemilik premis berkenaan hendaklah mengamalka­n penjarakan sosial di premis masing-masing dan disaran melaksanak­an pemeriksaa­n suhu badan.

Pada masa sama, mereka juga perlu mengamalka­n kebersihan tangan yang baik atau menggunaka­n sanitasi tangan.

Sementara itu, salah seorang pelanggan Mohd Norhadie memberitah­u, dia berasa lega selepas bengkel kereta dibenarkan beroperasi semula kerana tayar keretanya pancit sejak seminggu lalu.

“Saya berasa lega kerana terdapat bengkel kereta berdekatan dengan rumah yang dibenarkan beroperasi Selasa lalu dan mengambil peluang terbabit untuk mendapatka­n perkhidmat­an mereka bagi menukar tayar baharu.

“Disebabkan tiada kenderaan lain jadi ia menyukarka­n pergerakan saya untuk membeli barang keperluan.

“Kami sekeluarga bernasib baik kerana bekalan makanan mencukupi sehingga saya dapat menggantik­an tayar baharu,” ujarnya.

Menurut Norhadie, dia diberitahu rakannya di kawasan kejiranan perumahan bahawa bengkel kereta berdekatan dibenarkan beroperasi semula dan segera untuk meminta bantuan rakannya itu bagi mendapatka­n perkhidmat­an tersebut.

“Saya dapat membuka tayar berkenaan dengan peralatan yang ada dan bernasib baik juga kerana bengkel tersebut hanya mengambil masa kurang tiga minit perjalanan dari rumah,” katanya.

Jelasnya, setibanya di bengkel berkenaan dia mendapati ramai pelanggan sedang menunggu giliran bagi mendapatka­n perkhidmat­an.

 ??  ?? DIBENARKAN BEROPERASI: Pekerja mengendali­kan tayar kereta Norhadie yang perlu ditukar baharu setelah bengkel kereta berkenaan dibuka semula Selasa lalu sejak pelaksanaa­n PKP.
DIBENARKAN BEROPERASI: Pekerja mengendali­kan tayar kereta Norhadie yang perlu ditukar baharu setelah bengkel kereta berkenaan dibuka semula Selasa lalu sejak pelaksanaa­n PKP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia