Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk di 30 DUN sudah terima bekalan makanan

Demikian kata Awang Tengah yang mempengeru­sikan Jawatankua­sa Khas Rantaian Bekalan Makanan Sarawak

-

KUCHING: Penduduk di 30 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadapi masalah mendapatka­n bekalan makanan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah menerima bantuan di bawah Program Bantuan Makanan Kerajaan Sarawak baru-baru ini.

Demikian menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mempengeru­sikan Jawatankua­sa Khas Rantaian Bekalan Makanan Sarawak dari rumahnya semalam.

Jelasnya, setakat 8 April, bekalan makanan sudah diserahkan ke kawasan Tanjong Datu, Pantai Damai, Asajaya,

Serembu, Tebedu, Bukit Semuja, Sadong Jaya, Simunjan, Sebuyau, Bukit Begunan, Bukit Saban, Krian, Meradong, Meluan dan Dalat.

“Selebihnya adalah Balingian, Murum, Jepak, Kemena, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Tupong, Samariang termasuk penerima peringkat pertama iaitu Gedong, Bukit Sari dan Ba’Kelalan,” katanya.

Katanya juga, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Hornbill Skyways juga membantu mengangkut bekalan makanan ke pusat pengedaran yang terletak di kawasan terpencil.

Dalam pada itu Awang Tengah menyaranka­n agar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan sasar yang terlepas daripada menerima bantuan agar memaklumka­n jawatankua­sa pengurusan bencana di peringkat bahagian atau daerah (DDMC) masing-masing supaya tindakan segera dapat diambil.

“Berikutan faktor geografi di sini, pengedaran bantuan makanan kepada kumpulan sasaran menimbulka­n banyak cabaran.

“Walaupun demikian, pihak kami berhasrat untuk menyampaik­an bantuan makanan kepada mereka dengan segera,” katanya lagi.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MINTRED) Sarawak berkata, dana untuk program bantuan makanan itu telah disalurkan kepada wakil rakyat bagi DDMC.

Jelasnya, perolehan bahan makanan di bawah program ini akan dibuat oleh mereka dengan mematuhi prosedur kewangan yang diperlukan.

“Selebihnya adalah Balingian, Murum, Jepak, Kemena, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Tupong, Samariang termasuk penerima peringkat pertama iaitu Gedong, Bukit Sari dan ” Ba’Kelalan. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? TETAP BERTUGAS: Awang Tengah ketika mempengeru­sikan Jawatankua­sa Khas Rantaian Bekalan Makanan Sarawak dari rumah.
TETAP BERTUGAS: Awang Tengah ketika mempengeru­sikan Jawatankua­sa Khas Rantaian Bekalan Makanan Sarawak dari rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia