Utusan Borneo (Sabah)

Daerah Tatau diharap kekal bebas penularan COVID-19

-

BINTULU: Kawasan daerah Tatau diharap akan terus kekal sebagai Zon Hijau yang bebas daripada penularan pandemik COVID-19, sekali gus semua penduduk di daerah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus itu dituntut untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an kerajaan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, usaha ini adalah tanggungja­wab bersama untuk memastikan daerah Tatau sentiasa selamat daripada ancaman COVID-19.

Beliau menyatakan rasa syukurnya dengan keadaan daerah Tatau yang sehingga kini kekal berada dalam Zon Hijau namun tetap berharap penduduk mematuhi PKP dengan kekal duduk di rumah, mematuhi penjarakan sosial, mengamalka­n kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dan lain-lain.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada penduduk kerana memberi kerjasama kepada petugaspet­ugas barisan hadapan yang terlibat dalam kerjakerja pengagihan bantuan makanan kepada penduduk di kawasan DUN Kakus,” ujarnya semasa mengulas mengenai pengagihan bantuan kepada penduduk di DUN Kakus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu juga memaklumka­n bahawa jumlah penerima bantuan makanan yangdisalu­rkanituada­lah1,129 pintu atau ketua isi rumah pada semalam yang tertumpu di rumah panjang dan kampung berdekatan pekan Tatau.

Hadir pada pengagihan bantuan itu Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Winnie Dian dan Long Jok, Setiausaha Sulit Datuk John Sikie iaitu Thomas Angkuh, Pemanca Gerosen Jubin dan Jelia Jemat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 ??  ?? PRIHATIN: Winnie (tiga kiri) yang mewakili John Sikie menyerahka­n bantuan kepada Tuai Rumah Apee Banta untuk diagih-agihkan kepada penduduk.
PRIHATIN: Winnie (tiga kiri) yang mewakili John Sikie menyerahka­n bantuan kepada Tuai Rumah Apee Banta untuk diagih-agihkan kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia