Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan rumah panjang di Kapit terima bantuan DUN Bukit Goram

-

KAPIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat menyampaik­an bantuan makanan kepada sembilan rumah panjang di Sungai Amang, Sungai Sesibau dan Sungai Kapit baru-baru ini.

Seramai 182 keluarga menerima bantuan makanan berupa beras, gula, tepung, minyak masak, biskut, teh dan kopi pada majlis yang diadakan di Kompleks Sukan di Jalan Bleteh.

Rumah panjang yang menerima bantuan ialah Rumah Steward Saba, Rumah

John Ramba, Rumah John Tadong, Rumah Unjah, Rumah Kiong, Rumah Nuang, Rumah Agan, Rumah Midin dan Rumah Osman Minggan.

Dalam ucapannya, Jamit berkata kawasan DUN Bukit Goram mempunyai kirakira 4,000 isi rumah dan memohon mereka bersabar menunggu bantuan yang diagihkan mengikut fasa.

Beliau turut memberi jaminan tiada yang ketinggala­n menerima bantuan kerajaan itu.

Menurutnya, fasa pertama bantuan makanan telah diagihkan pada Isnin lepas kepada Kampung Baru, Kapit Muhibbah Bletih dan Kampung Basterin Bletih, Kampung Cina Bukit Goram dan Kampung Cina Bletih.

Jamit berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatin­an membantu rakyat yang terjejas sumber pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan makanan disalurkan melalui Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit dan Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera

Bersatu (PBB) Bukit Goram.

Setiap DUN menerima RM150,000 hingga RM200,000 daripada kerajaan negeri untuk tujuan pembelian barang keperluan asas untuk diagihkan kepada rakyat.

Hadir sama ialah Residen Kapit Nyurak Keti, Timbalan Residen Kapit Galong Luang, Pegawai Daerah Kapit Cerisologo Sabut, Pegawai Tadbir Robert Anyaw dan Mohd Shukri, Temenggung Wilfred Billy Panyau, Penghulu Pasang Tubah dan Penghulu Madang Jelaini.

 ??  ?? AGIHAN: Jamit (lima kanan) menyerahka­n sumbangan bantuan makanan kepada Tuai Rumah Kiong dari Sungai Sesibau.
AGIHAN: Jamit (lima kanan) menyerahka­n sumbangan bantuan makanan kepada Tuai Rumah Kiong dari Sungai Sesibau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia