Utusan Borneo (Sabah)

QMUNITY membantu pihak berkuasa jejaki pergerakan individu, kontak semasa COVID-19

-

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama JT Utama Sdn Bhd, ARx Media Sdn Bhd dan Huawei Cloud melancarka­n QMUNITY, aplikasi pengesan lokasi yang akan membantu pihak berkuasa negeri menjejak pergerakan individu dan kontak semasa wabak COVID-19.

Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng berkata, aplikasi yang dibangunka­n sebagai sebahagian daripada projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) itu boleh menjejaki sejarah lokasi individu yang juga boleh dirujuk sekiranya berlaku kecemasan.

“Selain itu, data yang dikumpul daripada QMUNITY juga akan membantu mengenal pasti kawasan berisiko tinggi serta bilangan pelawat di tempat tertentu.

“Ini secara tidak langsung mengurangk­an risiko pendedahan dalam kalangan petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n aplikasi itu di Bangunan MBKS di sini, kelmarin.

Beliau berkata untuk permulaan, MBKS akan mempromosi­kan penggunaan aplikasi itu di kawasan pasar di bawah seliaannya bermula dengan Pasar Komuniti Stutong pada Jumaat ini.

Jelasnya, pelawat di pasar itu harus mendaftar dengan mengimbas kod QR di aplikasi tersebut dan memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama dan nombor kad pengenalan.

“Setelah pendaftara­n berjaya, pengguna boleh mendaftar masuk dan sejarah lokasi akan dikesan.

“Mereka juga boleh melayari sejarah lokasi mereka serta mencari berita terkini mengenai COVID-19 dan orang yang boleh dihubungi sewaktu kecemasan dalam aplikasi ini,” katanya sambil menambah, MBKS akan meletakkan kod QR di pintu masuk Pasar Komuniti Stutong di sini.

Wee berkata, kakitangan MBKS juga akan bersedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan untuk mendaftar di QMUNITY termasuk peniaga di pasar.

“Bagi pemilik premis, mereka perlu mendaftark­an melalui e-mel ke contact. qmunity@gmail.com dan kemudian mencetak salinan ‘Panduan Pengguna’ sert kod QR yang dihasilkan yang harus ditampalka­n di premis mereka,” ujar Wee.

Beliau berkata, aplikasi itu akan dipertingk­atkan lagi dengan ciri-ciri kepintaran buatan (AI) Huawei seperti Face Recognitio­n, Optical Character Recognitio­n and Blockchain­s Service untuk memberi pengalaman pengguna yang lebih baik, meningkatk­an kecekapan dan meningkatk­an keselamata­n dan pengurusan data.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia