Utusan Borneo (Sabah)

130 bungkus makanan percuma untuk penduduk Taman Tunku

-

MIRI: Sejumlah 130 bungkus makanan percuma telah diagihkan kepada masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan Taman Tunku, kelmarin (Rabu).

Agihanbung­kusanmakan­an tersebut melalui Teresang Cafe, disumbangk­an Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni (100 bungkus) dan individu prihatin Fam Fok Siong yang menyumbang 30 bungkus makanan.

Tukang masak Teresang Cafe Ugik Jalit berkata, pihaknya bertuah kerana diberi kepercayaa­n oleh wakil rakyat tersebut bagi menyediaka­n makanan tersebut kepada masyarakat di Taman Tunku.

“Walaupun sumbangan ini dilihat kecil namun kami amat berbesar hati kerana dipilih bagi bersama menyediaka­n makanan percuma kepada penduduk di Taman Tunku.

“Jutaan terima kasih dan penghargaa­n juga kepada YB Lukanisman yang memberi kepercayaa­n dan sokongan kepada kami untuk menyediaka­n makanan tersebut dan secara langsung kami turut memberikan sumbangan tenaga kami kepada masyarakat setempat pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” ujarnya.

Menurutnya, agihan bungkusan makanan tersebut kelmarin telah memberi manfaat kepada penduduk sekitar Taman Tunku termasuk ahliahli Terabai Menua, Empire Interactiv­e Community dan

Raban Indu Terabai Menua (RITM).

“Malah kami turut berterima kasih kepada Fam Fok Siong yang turut sudi menyumbang 30 bungkus makanan bagi menambah jumlah yang ada.

“Sumbangan sebegini antara usaha kerajaan untuk membantu masyarakat dalam pelbagai cara terutama pada tempoh PKP yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” jelasnya.

Ujar Ugik, sepanjang pengagihan berkenaan, pihaknya turut mengamalka­n penjarakan sosial selain menyediaka­n sanitasi tangan untuk digunakan pelanggan sebelum mengambil makanan tersebut.

“Dengan usaha ini juga secara tidak langsung turut membantu Teresang Cafe dan diharapkan kerjasama serta sokongan sebegini dapat diteruskan dalam tempoh PKP atau sekiranya tempoh terbabit perlu dilanjutka­n,” tambahnya.

 ??  ?? SOKONGAN: Lukanisman (kiri) berjumpa Ugik bagi memberi sokongan terhadap usaha agihan makanan percuma kepada penduduk di sekitar Taman Tunku.
SOKONGAN: Lukanisman (kiri) berjumpa Ugik bagi memberi sokongan terhadap usaha agihan makanan percuma kepada penduduk di sekitar Taman Tunku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia