Utusan Borneo (Sabah)

MR. D.I.Y. sumbang 300,000 penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan

-

KUCHING: Peruncit Perkakas Rumah, MR. D.I.Y. semalam telah menderma sejumlah 300,000 penutup mulut dan hidung tiga lapisan kepada para petugas barisan hadapan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Topengmuka­yangdibeka­lkan terus dari China ini telah diedarkan kepada para petugas perkhidmat­an awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak Hospital dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk kegunaan semasa bertugas di lapangan, ujar MR. D.I.Y. menerusi satu kenyataan.

MR. D.I.Y. turut menyumbang 1,000 sut pakaian perlindung­an personal (PPE) kepada enam hospital di Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan.

“Ia terdiri daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,” jelasnya semalam.

Pengarah Urusan, MR. D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, sumbangan ini merupakan satu bentuk penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“Kami telah mendapat bekalan penutup mulut dan hidung ini terus dari China. Sejurus ia tiba di Malaysia, MR. D.I.Y. melalui kumpulan logistik menghantar kesemua PPE dan topeng muka kepada pelbagai pihak yang memerlukan.

“Sumbangan kami ini adalah sangat kecil berbanding usaha petugas barisan hadapan dan kami berharap melaluinya, mereka sentiasa dilindungi semasa bertugas,” tambah Ong.

Dalam pada itu, wakil PDRM menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih kepada MR. D.I.Y. kerana membekalka­n keperluan penutup mulut dan hidung untuk kegunaan pegawai polis semasa bekerja di lapangan.

Ini bukan pertama kali MR. D.I.Y. membantu usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Menurut pihaknya, bermula 30 Januari tahun ini, peruncit perkakas rumah ini telah memulakan inisiatif dengan memberi 3.5 juta penutup mulut dan hidung secara percuma kepada orang awam di lebih 560 cawanganny­a.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR. D.I.Y., layari https://www.mrdiy.com/, dan laman sosial, Facebook dan Instagram @mrdiy2u atau #mrdiycares.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Antara petugas barisan hadapan, polis, yang menerima sumbangan daripada MR. D.I.Y.
JASAMU DIKENANG: Antara petugas barisan hadapan, polis, yang menerima sumbangan daripada MR. D.I.Y.
 ??  ?? SUMBANGAN: Kakitangan MR. D.I.Y. mengangkut barangan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.
SUMBANGAN: Kakitangan MR. D.I.Y. mengangkut barangan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia