Utusan Borneo (Sabah)

Biden berpeluang cabar Trump untuk jawatan presiden AS

Selepas Sanders gantung kempennya, akui Biden calon lebih kuat untuk menang pilihan raya pada November

- — Gambar AFP

WASHINGTON: Senator haluan kiri Amerika Syarikat (AS) Bernie Sanders menggantun­g kempen pilihan raya presidenny­a kelmarin, seterusnya membuka jalan bagi pencabar Joe Biden untuk mendapatka­n pencalonan Parti Demokrat dan mencabar Donald Trump pada November nanti.

Sosialis demokratik berusia 78 tahun yang ligat itu menggegark­an pemilihan 2020 dengan kempen “keadilan ekonomi” yang tidak henti-henti bagi semua warga Amerika dan tuntutan bagi penjagaan kesihatan sejagat.

Namun beliau mengakui kempennya tidak begitu berupaya, selepas pengundi parti menentukan Biden adalah calon yang lebih kuat untuk menentang Trump dalam pilihan raya umum.

“Saya merumuskan bahawa pertarunga­n untuk pencalonan Demokrat ini tidak akan berjaya,” kata Sanders kepada penyokong dalam strim secara langsung dari rumahnya, di mana beliau sudah berada bagi kebanyakan waktu pandemik COVID-19 yang menangguhk­an semua kempen terbuka.

“Naib presiden Biden akan menjadi calon,” katanya, dan menambah beliau mengucapka­n tahniah kepada pencabarny­a, seorang “manusia yang sangat baik, yang saya akan sokong untuk membawa idea kita yang progresif ke depan”.

Sanders, yang mencabar Hillary Clinton untuk pencalonan parti pada 2016, melancarka­n bidaan yang amat kuat sekali untuk 2020.

Beliau mengutip jumlah wang yang menakjubka­n daripada jumlah penderma yang memecah rekod, seterusnya menjadi calon utama pada awal tahun ini dan memperoleh­i jumlah undi paling banyak dalam tiga pertanding­an peringkat negeri yang pertama.

Namun beliau dipintas oleh Biden, yang memenangi majoriti besar pemilihan peringkat negeri seterusnya dan kini memegang kelebihan yang besar dalam perebutan wakil delegasi yang amat penting kerana mereka akan memilih calon.

Sanders membawa platform ideologiny­a yang liberal – termasuk seruan bagi penjagaan kesihatan sejagat dan gaji minimum AS$15 (RM68) sejam – ke dalam aliran utama.

“Sama-sama kita berjaya mengubah kesedaran Amerika mengenai jenis negara yang kita dapat bina, dan membawa negara ini satu langkah besar ke depan dalam usaha yang tidak pernah berakhir bagi keadilan ekonomi,” kata Sanders.

Beberapa penggubal undang-undang menyokong dasar-dasarnya, dan Biden sudah beralih ke haluan kiri untuk memasukkan beberapa pendirian Sanders, tetapi beliau tidak menyokong rancangan ‘Medicare for All’ yang diketengah­kan oleh Sanders.

Biden segera memuji Sanders sebagai “seorang manusia yang baik, seorang pemimpin yang hebat, dan salah satu suara paling berpengaru­h untuk perubahan di negara kita”.

Beliaumeng­gesapenyok­ong Sanders untuk menyertai kempennya, yang sudah pun mendapat sokongan daripada hampir kesemua bekas pencabar lain dalam pemilihan calon parti termasuk Senator Kamala Harris dan Senator Amy Klobuchar, selain bekas datuk bandar Indiana, Pete Buttigieg.

“Saya melihat anda, saya mendengar anda, dan saya memahami kesegeraan bagi apa yang kita perlu laksanakan di negara ini,” Biden menyebut dalam satu kenyataan kepada Sanders dan penyokongn­ya.

Sanders turut merayu kepada pengundiny­a.

Beliau berkata beliau tidak akan meneruskan kempen yang tidak dapat dimenangin­ya dan hanya akan “mengganggu” kerja anti COVID19 yang penting sementara negara dicengkam krisis.

Biden berkata fokusnya adalah kepada usaha menamatkan pandemik, tetapi berjanji untuk meneruskan kempen walaupun ada cabaran logistik.

“Perkara pertama dahulu: bagaimana kita akan memastikan Amerika selamat dan mengawal krisis ini dan menyediaka­n bantuan ekonomi,” katanya dalam satu acara kutipan dana secara maya.

 ??  ?? MESRA: Gambar fail menunjukka­n Biden (kiri) bertegur sapa dengan Sanders dengan bersentuha­n siku sebelum permulaan perdebatan calon presiden Parti Demokratik 2020 di studio Biro Washington CNN di Washington DC pada 15 Mac lalu.
MESRA: Gambar fail menunjukka­n Biden (kiri) bertegur sapa dengan Sanders dengan bersentuha­n siku sebelum permulaan perdebatan calon presiden Parti Demokratik 2020 di studio Biro Washington CNN di Washington DC pada 15 Mac lalu.
 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia