Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19 catat kematian pecah rekod, Trump lihat ‘cahaya di hujung terowong’

-

WASHINGTON: Pandemik COVID-19 mencatatka­n satu lagi pusingan bilangan kematian yang memecah rekod di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, seterusnya mencabar keyakinan Presiden AS Donald Trump yang mendakwa ada “cahaya di hujung terowong”.

Virus itu kini sudah membunuh lebih 86,000 orang dan menjangkit­i 1.5 juta, dengan hampir kesemua negara terkesan dan membawa dunia ke dalam krisis ekonomi yang amat buruk selepas perdaganga­n global terhenti.

Untuk hari kedua berturuttu­rut, AS meratapi hampir 2,000 kematian kelmarin, dan bendera dikibarkan separuh tiang di New York yang paling teruk terjejas.

Jumlah kematian turut mencatatka­n rekod dengan 938 dalam tempoh 24 jam di Britain, di mana Perdana Menteri Boris Johnson memasuki malam ketiga di unit rawatan rapi, dan keadaannya dikatakan “bertambah baik”.

Perancis menyaksika­n jumlah kematian keseluruha­n mengatasi 10,000 ketika negara itu bersiap sedia untuk melanjutka­n langkah sekatan perjalanan dengan ketat.

Sepanyol dan Itali masih menyaksika­n ratusan kematian sehari walaupun tanda awal bahawa penyakit itu mungkin sudah mencapai puncak.

Pandemik itu sedang merebak ke kawasan yang sebelum ini terjejas sedikit sahaja: di Afrika, Habsyah mengisytih­arkan keadaan darurat dan Liberia berkata ia sudah menyekat pergerakan di ibu negaranya Monrovia.

Sesungutny­a yang berbahaya juga menjalar jauh ke dalam hutan hujan Amazon, dengan kes pertama dikesan di kalangan suku Yanomami, penduduk asli yang terasing daripada dunia sehingga pertengaha­n abad ke-20 dan mudah dijangkiti penyakit.

Walau bagaimanap­un, sinar harapan memancar juga dalam kegelapan, apabila Gabenor New York Andrew Cuomo berkata lengkungan wabak dipercayai semakin mendatar.

“Kita harap kita sedang menuju bahagian terakhir, cahaya di hujung terowong,”

Di seluruh dunia, kemudahan perubatan semakin tertekan tatkala mereka berusaha untuk merawat kemasukan pesakit kritikal yang tidak putus-putus.

Di kota Guayaquil yang teruk terjejas di Ecuador, pesakit pengsan sebelum mereka tiba di wad kecemasan dan warga emas tersembam dalam kerusi roda di hospital yang penuh sesak.

“Nenek saya meninggal dunia, ibu saya ada semua gejala, begitu juga dengan adik perempuan saya yang berusia 15 tahun, dan kerajaan tidak berbuat apa-apa, tiada langsung! Kami perlu hampir nazak untuk menerima bantuan,” kata Xiomara Franco, anggota keluarga seorang pesakit.

“Oksigen kekurangan, ubat-ubatan kekurangan, jururawat dan doktor kekurangan, pengusung kekurangan,” rungut Henry Figueroa, seorang lagi anggota keluarga yang marah.

Kerajaan-kerajaan bergelut dengan masalah mengenai bila untuk keluar dari prosedur sekatan pergerakan dan melancarka­n semula ekonomi global yang benar-benar dalam keadaan beku. Pertubuhan Dagangan Sedunia telah memberi amaran bahawa pandemik itu mungkin akan mencetuska­n kemeleseta­n paling mendalam dan buruk “dalam jangka hayat kita”, dan dagangan global dijangka akan menjunam sebanyak satu pertiga.

Bank Negara Perancis berkata ekonomi negara itu akan menguncup sebanyak enam peratus dalam suku pertama – prestasi terburuk sejak hujung Perang Dunia Kedua.

Kuasa ekonomi Eropah Jerman kelihatan mengecut sebanyak 10 peratus ketika eurozon berbalah mengenai menggabung­kan hutan bagi “koronabon” untuk membantu negara anggota paling teruk terjejas seperti Sepanyol dan Itali.

Di Miami, ratusan berbaris dalam kereta untuk mendapatka­n borang penganggur­an selepas laman sesawang rosak kerana lonjakan permintaan.

Data baru-baru ini di AS menunjukka­n 10 juta orang sudah kehilangan pekerjaan dalam ekonomi terkemuka di dunia yang menutup urusan niaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia