Utusan Borneo (Sabah)

Kebimbanga­n COVID-19 meningkat, Myanmar bebas tahanan Rohingya

-

PATHEIN: Kes terhadap puluhan orang Muslim Rohingya yang ditahan selepas mereka melarikan diri dari negeri Rakhine yang bergolak di Myanmar sudah digugurkan, selepas kebimbanga­n meningkat mengenai potensi bagi wabak COVID19 di penjara negara itu yang terlalu sesak.

Operasi ketenteraa­n pada 2017 memaksa kira-kira 750.000 orang Rohingya lari ke Bangladesh, di mana mereka tinggal di kota-kota pelarian yang luas dan besar.

Mereka yang kekal di Rakhine hidup di bawah sekatan ketat tanpa akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, dan tidak dapat bergerak dengan bebas dalam keadaan yang dilabel sebagai “aparteid” oleh Amnesty Internatio­nal.

Selama bertahun-tahun, ramai yang menggunaka­n bot dan bas untuk melarikan diri.

Namun sejak beberapa bulan lepas, ratusan ditangkap dan ditahan dalam penjara – atas tuduhan melanggar undang-undang imigresen, kesalahan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun.

Kelmarin, sebuah mahkamah tiba-tiba menggugurk­an kes terhadap dua kumpulan terbesar orang Rohingya yang ditangkap, berjumlah 128.

“Tuduhan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak ditarik balik dan mereka akan dibebaskan,” kata Hakim Khin Myat Myat Htun kepada mahkamah Pathein dalam Wilayah Ayeyarwady.

Seorang pemberita AFP mengesahka­n empat bas yang membawa orang Rohingya itu dan menuju ke Yangon meninggalk­an penjara Pathein pada awal pagi semalam.

Puluhan lagi bakal dibebaskan oleh mahkamah lain dan dihantar balik ke Rakhine, kata seorang aktivis Rohingya kepada AFP.

“Pada keseluruha­nnya kira-kira 250 orang Rohingya kemungkina­n besar akan dihantar balik pada Sabtu,” katanya yang enggan dikenali kerana sebab keselamata­n.

Dengan kebimbanga­n mengenai COVID-19 yang mencengkam negara, seruan dipertingk­atkan agar banduan berisiko rendah dibebaskan dari penjara Myanmar yang digambarka­n oleh kumpulan Human Rights Watch sebagai “amat terlalu sesak dan tidak bersih”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah memberi amaran bahawa populasi penjara khususnya terdedah kepada pandemik itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia