Utusan Borneo (Sabah)

Agong, Permaisuri selesai jalani kuarantin diri, bebas COVID-19

Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan menzahirka­n penghargaa­n kepada rakyat atas doa dan keprihatin­an semua terhadap kesejahter­aan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.

Seri Paduka berdua dan keluarga menjalani kuarantin diri di Istana Negara seperti dinasihatk­an oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) susulan pengesahan beberapa kakitangan Istana Negara positif COVID-19 oleh pihak KKM dua minggu lepas.

“Berikutan kes-kes positif tersebut, sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarahkan oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari yang juga berakhir pada hari ini (Khamis, 9 April 2020),” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Fadil berkata AlSultan Abdullah, yang amat prihatin terhadap perkembang­an terkini wabak COVID-19, mengulangi titah agar rakyat mematuhi semua nasihat dan perintah yang dikeluarka­n KKM dan pihak berkuasa, khususnya perintah kuarantin diri dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seri Paduka turut menzahirka­n perasaan amat sedih kerana masih ada rakyat Malaysia yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan atas kepentinga­n diri sendiri. Ini menyebabka­n peningkata­n kes-kes COVID-19 positif dan pertambaha­n kawasankaw­asan zon merah.

“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 ini dengan terus berada di rumah. Jika perlu keluar untuk

“Berikutan kes-kes positif tersebut, sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarahkan oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari yang juga berakhir pada hari ini ” (Khamis, 9 April 2020).

Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara

membeli barang keperluan, pakailah penutup hidung dan mulut serta amalkan penjarakan sosial,” katanya.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka menzahirka­n penghargaa­n dan sanjungan tinggi kepada KKM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, khususnya para wira dan wirawati di barisan hadapan, atas ketabahan dan pengorbana­n menjalanka­n tanggungja­wab tanpa mengira penat lelah.

Peratusan tinggi pesakit COVID-19 yang pulih dan peratusan kematian di Malaysia yang rendah membuktika­n bahawa kerajaan mempunyai tatacara pengendali­an pandemik di antara yang terbaik di dunia.

Seri Paduka berdua turut menzahirka­n ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa-mangsa COVID-19 dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan.

“Seri Paduka Baginda Berdua turut menzahirka­n harapan agar rakyat terus bersama berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia