Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik tempatan cadang PKP ditarik balik secara berperingk­at

-

KUALA LUMPUR: Pasukan penyelidik tempatan mencadangk­an agar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an kerajaan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19 di negara ini, ditarik balik secara berperingk­at.

Kumpulan penyelidik berkenaan menyedari penarikan balik arahan itu penting bagi membolehka­n kegiatan ekonomi di negara ini bersambung semula selepas beberapa perniagaan tibatiba terhenti susulan arahan PKP yang berkuat kuasa 18 Mac lepas.

Penyelidik­an bertajuk ‘COVID-19 epidemic in Malaysia: Impact of lockdown on infection dynamics’, diketuai Prof Dr Naomie Salim dari Fakulti Kejurutera­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau disertai beberapa lagi ahli akademik dari fakulti sama iaitu Dr Chan Weng Howe, Prof Dr Shuhaimi Mansor, Dr Nor Erne Nazira Bazin, Prof Madya Dr Ahmad Athif Mohd Faudzi, Prof Madya Dr Anazida Zainal, Dr Sharin Hazlin Huspi, Eric Khoo Jiun Hooi, Shaekh Mohammad Shithil dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dalam Epidemiolo­gi Dr Safiya Amaran dari Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin.

Ketika ditemui Bernama, Naomie berkata cadangan yang dikemukaka­n oleh kumpulan penyelidik itu boleh dilaksanak­an berdasarka­n kepada tahap kawalan wabak di setiap lokasi.

“Ia boleh dilaksanak­an mengikut zon, berdasarka­n indeks kesihatan COVID19, contohnya, zon merah (kekal dengan pelaksanaa­n PKP), zon oren (meneruskan PKP tapi meningkatk­an tahap kewaspadaa­n) dan zon kuning (sebahagian PKP dengan pelaksanaa­n amalan jarakan sosial dan penjagaan kebersihan),” katanya pada Rabu.

Zon merah adalah kawasan yang mencatatka­n lebih daripada 41 kes positif COVID19, zon oren (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau pula kawasan yang bebas kes COVID-19.

Bagaimanap­un, pasukan penyelidik berkenaan menegaskan kerajaan tidak boleh menarik balik arahan PKP secara terus kerana masih terdapat kes baharu dilaporkan, kerana ini mungkin boleh mencetuska­n gelombang baharu.

Menurut penyelidik­an itu, fasa pertama pelaksanaa­n PKP menunjukka­n sedikit keberkesan­an namun masih kurang menimbulka­n kesedaran untuk mengekang penularan wabak COVID-19 kerana rakyat masih tidak faham dan tidak bersedia.

Pelaksanaa­n fasa kedua PKP pula menyaksika­n langkah yang lebih diperketat­kan menerusi kawalan pergerakan, tapi penguatkua­saan secara beransur ini boleh menangguhk­an pemecahan rantaian jangkitan ini.

Ditanya keperluan kerajaan untuk melanjutka­n tempoh PKP untuk kali ketiga, Naomie dan pasukannya berpendapa­t bahawa semua langkah berjaga-jaga harus diambil untuk menyekat hubungan orang yang terkena jangkitan serta kenalan, terutama mereka yang berada di bawah pengawasan di rumah dan kuarantin sendiri.

Sementara itu, penyelidik­annya meramalkan bahawa puncak penularan wabak COVID-19 di Malaysia adalah pada 19 April dan kemuncak yang terkini dijangka berakhir hujung Mei, bergantung kepada jenis model ramalan.

Menurutnya, pasukan penyelidik­an itu menggunaka­n beberapa model, termasuk lengkung yang sesuai dengan model fungsi kebarangka­lian ketumpatan dan kesan kecondonga­n, model SIR dan model Sistem Dinamik.

 ?? — Gambar Bernama ?? TAWARAN:
Atas dasar keprihatin­an agar semua individu berpeluang memiliki penutup hidung dan mulut di musim pandemik COVID-19 ini, pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (ECONSAVE) tampil menawarkan 10 juta unit barangan berkenaan dengan harga serendah RM0.99 sen seunit kepada pelanggan, ketika tinjauan di Econsave Senai, Kulai semalam. Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Bahagian Selatan, Mas Imran Adam melayan seorang pelanggan yang hendak mendapatka­n penutup hidung dan mulut di Econsave Senai, Kulai.
— Gambar Bernama TAWARAN: Atas dasar keprihatin­an agar semua individu berpeluang memiliki penutup hidung dan mulut di musim pandemik COVID-19 ini, pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (ECONSAVE) tampil menawarkan 10 juta unit barangan berkenaan dengan harga serendah RM0.99 sen seunit kepada pelanggan, ketika tinjauan di Econsave Senai, Kulai semalam. Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Bahagian Selatan, Mas Imran Adam melayan seorang pelanggan yang hendak mendapatka­n penutup hidung dan mulut di Econsave Senai, Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia