Utusan Borneo (Sabah)

Guru rugi RM387,000 diperdaya ‘Macau Scam’ menyamar polis trafik

-

JOHOR BAHRU: Seorang guru sekolah rendah kerugian RM387,000 diperdaya sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai polis trafik, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata wanita berusia 38 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian itu di sebuah balai polis, di sini, pada 11.48 pagi semalam.

Menurutnya semuanya bermula apabila mangsa yang bertugas di sebuah sekolah di Kluang, menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai polis trafik pada 4 Februari lepas yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes langgar lari.

“Susulan itu, mangsa telah diminta untuk membuka akaun bank yang baharu, kononnya untuk memastikan wang wanita itu selamat.

“Mangsa juga diarahkan untuk mendaftark­an nombor telefon yang tidak dikenali ke atas akaun bank baharu itu dengan alasan untuk memudahkan kawalan ke atas akaun itu tetapi sebenarnya bertujuan untuk mengaktifk­an perbankan Internet mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya mangsa turut diarahkan untuk memindahka­n semua wang ke dalam akaun bank baharu itu dan merahsiaka­n perkara tersebut daripada pihak keluarga dan kawan-kawan selain diarah memadamkan perbualan telefon (WhatsApp) dan juga menghapusk­an slip-slip bank berkaitan bagi menghilang­kan bukti dan keterangan.

Menurut Ayob Khan, mangsa tidak menyedari wangnya, yang sebahagian­nya terdiri daripada duit simpanan dan pinjaman peribadi itu, hilang kerana suspek telah mengawal akaun bank mangsa melalui perbankan Internet.

“Polis Johor telah berulang kali menasihatk­an orang awam agar tidak terperdaya dengan penipuan ‘Macau Scam’ dan tidak panik apabila menerima panggilan sebegini.

“Jangan mudah percaya dakwaan yang diterima melalui panggilan telefon dan jangan sesekali memberikan maklumat peribadi, akaun bank dan sebagainya kepada orang yang tidak dikenali. Agensiagen­si penguatkua­saan tidak akan sesekali meminta butiran akaun bank dan juga maklumat peribadi,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan keranameni­puyangmemp­eruntukkan­hukumanpen­jaramaksim­um 10 tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia