Utusan Borneo (Sabah)

NADMA terima sumbangan lebih RM5.5 juta

-

PUTRAJAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam menerima sumbangan berjumlah RM5.5 juta daripada agensi kerajaan dan swasta, dalam bentuk wang ringgit dan pelbagai barangan bagi kegunaan petugas barisan hadapan semasa penularan wabak COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang mewakili NADMA menerima sumbangan itu menzahirka­n ucapan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan dan mengalu-alukan apa sahaja bentuk sumbangan daripada mana-mana pihak.

“Kerajaan mengalu-alukan apa saja bentuk sumbangan walaupun RM1, kita akan terima dan kita akan salurkan sebaik mungkin kepada orang yang terlibat dalam (pengawalan) wabak COVID-19 ini.

“Saya juga nak ucapkan tahniah kepada pasukan NADMA kerana telah banyak menyumbang sebagai antara barisan hadapan untuk sama-sama membendung wabak ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan COVID-19, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datin Mastura Mohd Yazid dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Antara yang menyalurka­n sumbangan kepada NADMA ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) yang menyumbang­kan peralatan perlindung­an diri (PPE) iaitu tiga juta keping penutup hidung dan mulut pakai buang, 500 unit Non Contact Infrared Thermomete­r dan 2,500 botol cecair pembasmi kuman, yang bernilai RM5.05 juta.

Sumbangan daripada MAIWP telah disampaika­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Selain itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Sabin Samitah menyampaik­an wang tunai berjumlah RM383,500.

Presiden Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia Chin Keat Chyuan pula menyampaik­an 50,000 keping penutup hidung dan mulut bernilai RM72,500.

Syarikat telekomuni­kasi Celcom Axiata Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Azlan Zainal Abidin memberi sumbangan sebanyak 5,000 keping kad prabayar bernilai RM25,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia