Utusan Borneo (Sabah)

PKPD di Simpang Renggam dilanjutka­n hingga 14 April: Ismail Sabri

-

PUTRAJAYA: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Simpang Renggam, Johor yang sepatutnya berakhir semalam dilanjutka­n sehingga 14 April.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menterimen­teri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

“Kita setuju sambung empat hari lagi untuk menyelesai­kan beberapa perkara yang masih dalam tindakan,” katanya pada sidang media harian PKP, di sini.

Simpang Renggam menjadi lokasi pertama di negara ini dikenakan PKPD berkuat kuasa 27 Mac lalu selepas 61 pendudukny­a dikesan positif COVID-19.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan mengadakan perbincang­an mengenai prosedur operasi standard (SOP) baharu PKP di kawasan zon merah, kuning dan hijau, hari ini.

Beliau berkata ia akan diperhalus­i Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi berkaitan.

“MKN mengedarka­n cadangan SOP itu dan ia akan dibincangk­an secara terperinci esok (hari ini),” katanya.

Ditanya berhubung PKP fasa kedua yang berakhir 14 April ini, dan dijangka diumumkan esok (hari ini) sama ada dilanjutka­n atau sebaliknya, Ismail Sabri berkata perkara itu tidak dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Khas Menteri-menteri berkenaan PKP, semalam.

Beliau berkata setiap keputusan mengenai PKP dan PKPD dibuat atas nasihat KKM.

“Saya pun tidak tahu apa seterusnya dan KKM yang akan nasihatkan kerajaan, selepas terima nasihat KKM, pastinya kerajaan akan membuat keputusan dan tentu sahaja akan ada pengumuman.

“Selagi tidak ada pengumuman, maka kita kira setakat hari ini PKP ini diteruskan sehingga 14 April,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia