Utusan Borneo (Sabah)

PKP perlu dilanjutka­n: Kumpulan perubatan

Pandemik COVID-19 menjadikan penjarakan sosial satu kemestian baharu yang perlu dipatuhi

-

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuas­akan perlu dilanjutka­n sehingga selepas Aidilfitri yang akan disambut pada Mei, gesa kumpulan perubatan.

Akademi Perubatan Malaysia (AMM) dalam kenyataan di sini, semalam berkata pandemik COVID-19 telah menjadikan jarak sosial satu kemestian baharu yang perlu dipatuhi sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga keadaan terkawal sepenuhnya.

“Risiko penyebaran virus itu terutamany­a kepada golongan warga tua, dalam kes ‘balik kampung’ beramai-ramai adalah sesuatu yang nyata.

“Risiko dikaitkan dengan keadaan sesak di stesen R & R dan juga kegagalan melaksanak­an jarak sosial oleh kalangan orang ramai semasa balik kampung dan kemudian pulang semula ke kawasan bandar juga perlu diambil kira,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 156 kes baharu COVID-19, dan dua kematian dilaporkan setakat tengah hari kelmarin, menjadikan jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di negara ini sebanyak 4,119, dengan 65 kematian.

AMM berkata sikap bertanggun­gjawab dalam

“Risiko dikaitkan dengan keadaan sesak di stesen R & R dan juga kegagalan melaksanak­an jarak sosial oleh kalangan orang ramai semasa balik kampung dan kemudian pulang semula ke kawasan ” bandar juga perlu diambil kira.

Akademi Perubatan Malaysia (AMM)

mematuhi langkah jarak sosial perlu ada pada setiap orang sehingga adanya vaksin.

“Bagi tahun ini sekurangku­rangnya, sama ada perhimpuna­n pada Ramadan,

Aidilfitri atau malah Haji — perlu dikawal, dipantau dan jika boleh haramkan perhimpuna­n ini,” katanya.

AMM juga menggesa kerajaan untuk memantapka­n perancanga­n bagi mengurangk­an masalah yang timbul oleh pandemik itu terhadap sosioekono­mi kerana ia terus memberikan kesan negatif terhadap semua aspek ekonomi Malaysia dan sebab itu kenapa ia memerlukan pendekatan jitu oleh kerajaan dan semua masyarakat.

“Perang terhadap COVID-19 masih jauh lagi untuk berakhir, banyak pengorbana­n telah dibuat dan akan perlu diteruskan pada tahun ini. Mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia boleh melaksanak­an kekangan dan memastikan perang ini berakhir,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin Bernama melaporkan orang ramai akan tahu pada hari ini (10 April) sama ada PKP, dikuatkuas­akan sejak 18 Mac, akan dilanjutka­n atau tidak untuk mengekang penularan COVID-19.

Pada awalnya PKP dikuatkuas­akan sehingga 31 Mac, tetapi dilanjutka­n ke 14 April dan hari ini kerajaan dijangka membuat pengumuman yang ditunggutu­nggu sama ada PKP akan dilanjutka­n.

Akademi Perubatan Malaysia, merangkumi 11 Kolej dan 15 Chapter, adalah sebuah badan berdaftar yang mewakili semua pakar perubatan di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia