Utusan Borneo (Sabah)

PKP: 5G bantu pemantauan di Langkawi

-

LANGKAWI: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pulau bebas cukai ini berada selangkah di hadapan apabila teknologi 5G digunakan bagi tujuan pemantauan.

Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC) yang terletak di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi memperoleh­i suapan data dengan pemantauan papan pemuka rangkaian telekomuni­kasi generasi kelima atau 5G Telekom Malaysia Berhad (TM).

Pegawai Daerah Langkawi, Muhamad Arof Darus berkata IOCC yang juga dikenali sebagai Pusat Kawalan 5G Langkawi dikendalik­an dua petugas Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi dan dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi setiap hari.

Katanya, ia berfungsi sebagai sumber rujukan utama buat penduduk di pulau ini mengenai keadaan semasa dalam tempoh PKP serta saluran aduan untuk dipanjangk­an kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM dan agensi lain yang turut sama terlibat memastikan PKP dipatuhi.

“IOCC memantau beberapa kawasan di sekitar pulau ini seperti di Pantai Cenang dan Pekan Kuah menerusi kamera resolusi tinggi bagi membantu mengesan sebarang tindakan yang melanggar arahan PKP,” katanya kepada Bernama.

Muhamad Arof berkata sebarang aduan daripada orang awam yang diterima berkaitan pelanggara­n arahan PKP akan disalurkan kepada PDRM atau agensi berkenaan untuk tindakan lanjut.

IOCC menawarkan sistem pengawasan lampu isyarat pintar, parkir pintar, penyelesai­an keselamata­n pintar, papan pelanconga­n pintar dan platform gerbang Langkawi mula beroperasi sejak Januari lepas.

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: Mohamad Zamri memantau keadaan di beberapa lokasi pulau ini menerusi data rangkaian 5G Telekom Malaysia Berhad (TM) di pusatkan ke Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC), di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.
— Gambar Bernama PANTAU: Mohamad Zamri memantau keadaan di beberapa lokasi pulau ini menerusi data rangkaian 5G Telekom Malaysia Berhad (TM) di pusatkan ke Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (IOCC), di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia