Utusan Borneo (Sabah)

PKP mampu menyekat penularan COVID-19 dalam masa terdekat

-

MOHON maaf, saya terpaksa sembang perkara yang tidak menyenangk­an lagi kerana COVID-19 kini semakin serius. Semenjak 18 Mac, rakyat Malaysia menghadapi hidup di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sehingga 14 April untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

Langkah kawalan ini melibatkan prosedur dan kawalan ketat oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang menuntut semua pihak memberikan komitmen yang tinggi supaya patuh kepada arahan agar sentiasa berada di rumah.

PKP diperkenal­kan demi untuk mengurangk­an jangkitan daripada seorang pesakit kepada orang lain.

PKP memerlukan kita meningkatk­an jarak fizikal antara manusia atau

mengurangk­an kekerapan perkumpula­n manusia dalam suasana padat seperti sekolah, universiti dan tempat kerja. Ia terpaksa dilaksanak­an oleh kerajaan kerana menjarakka­n sosial secara sukarela tidak dipatui sepenuhnya orang ramai. Penjarakan Sosial Paksaan terpaksa dilaksanak­an kerana pandemik COVID-19 amat merisaukan masyarakat lantaran skala dan kepantasan ia merebak. Orang ramai yang gagal mematuhi PKP boleh dikenakan hukuman penjara.

Kita mesti patuhi penjarakan sosial ini secara serius. Jika tidak, usaha PKP sia-sia sahaja. Kita juga tidak harus menghadiri acara sosial atau keagamaan. Kan kita boleh gunakan media sosial sebagai alternatif.

Seperti yang disahkan oleh kerajaan, kita tidak perlu panik membeli

bekalan. Malaysia mempunyai bekalan yang cukup semasa PKP. Pembelian panik berlaku apabila kita membeli barangan lebih daripada keperluan semasa. Gejala ini membuatkan ketidakcuk­upan bekalan makanan akibat perbuatan orang yang tak peka dengan keperluan orang lain.

Dalam situasi begini, kita hendaklah bersikap prihatin dan tidak

mementingk­an diri. Jawapan untuk mengelakka­n gejala ‘pembelian panik’ ini berlaku adalah dengan buat belanjawan dan senarai membeli barangan. Anda mungkin berasa penyelesai­an ini mungkin bukanlah

penyelesai­an terbaik tapi percayalah, anda dapat membeli barangan yang cukup untuk seisi keluarga dan tak mengambil lebih daripada keperluan anda.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggun­gjawaB, anggaplah PKP ini sebagai khidmat negara yang kita semua boleh lakukan kerana menurunkan kes COVID-19 akan mengurangk­an kepenatan dan risiko jangkitan kepada wira tidak didendang kita yang sedang bertungkus-lumus membendung wabak ini.

Kesiankanl­ah pekerja kesihatan atau frontliner­s juga mempunyai keluarga masing-masing yang sentiasa bimbang keselamata­n mereka.

Namun, demi negara dan rakyat Malaysia, mereka terus berjuang dalam ‘peperangan’ mencegah, menangani, mengubati serta menjaga mereka dijangkiti wabak COVID-19.

Penjarakan Sosial Paksaan ini tidak mendiskrim­inasi mana-mana bangsa atau agama. Ia jauh sekali bertujuan menyusahka­n kehidupan kita.Tidak kisahlah jika sesuatu acara kita rancangkan hanya berlaku sekali dalam

setahun. Kita jangan pentingkan diri sahaja. Fikirkan juga orang tersayang.

Penjarakan Sosial Paksaan bertujuan melindungi kesihatan kita semua, terutama sekali golongan paling berisiko. Ini termasuk anggota keluarga kita yang sudah berusia dan yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit paru-paru.

Sikap mementingk­an diri bermakna kita membahayak­an kesihatan orang lain dan kesannya mungkin sesuatu yang kita sendiri tidak inginkan.

Bagi mereka yang diarahkan bekerja dari rumah, yang penting adalah untuk melakukan tugas seolah-olah kita bekerja di pejabat. Kita perlu patuhi amalan terbaik sebagai penjawat awam atau apa juga kerjaya.

Kita perlu mengutamak­an produktivi­ti dalam apa juga keadaan.

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada pengalaman China yang kini dilaporkan berjaya mengawal COVID19. Menurut laporan, bukan sahaja wilayah Hubei dan Wuhan yang dikuaranti­n malah seluruh China.

Ketika tempoh kuarantin, hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap dua atau tiga hari. Keperluan penting itu bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, pasar raya, farmasi dan klinik yang dibuka.

Ketika ini rakyatnya tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika melanggar larangan, pihak polis akan menasihatk­an mereka balik ke rumah.

Semua orang di China perlu memeriksa suhu sebelum memasuki mana-mana bangunan. Kuarantin ini berlaku selama 40 hari termasukla­h tidak bersekolah dan tidak ke tempat kerja.Jika keluar rumah, mereka perlu memakai topeng muka dan membawa cecair pembasmi kuman.

Malah, jika terpegang butang lif mereka akan mencuci tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan memegang barangan lain. Mereka juga perlu mencuci barangan dibeli termasuk plastik dan beg pakai semula, kunci kereta, wang dan telefon bimbit.

Hikmah di sebalik PKP adalah memberi masa untuk kita ‘reset’, ‘relook’ dan ‘review’ segala kerja yang tertangguh disebabkan kekangan masa. Kita boleh gunakan masa ‘keemasan’ ini untuk mengeratka­n hubungan

silaturahi­m sesama keluarga di rumah, makan dan menonton TV bersama demi untuk menumpukan kepada jalinan dan kasih sayang bersama di rumah.

Bagi adik saya, dia memilih untuk mengajar anak lelakinya kesayangan­nya yang autisme untuk memasak. Ayat pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunik­asi dengan anaknya Derren. Melalui pendekatan betul, anaknya yang kadangkala dianggap bermasalah terbukti boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukka­n kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada budak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran anak anak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati budak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunik­asi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghirauk­an orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri. Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali.

Ajar anak memasak sebenarnya perkara yang baik sekali kerana memasak adalah kemahiran hidup yang sangat berguna apabila mereka besar nanti. Mereka bolehlah masak untuk diri sendiri apabila bersendiri­an dan masak untuk keluarga tersayang .

Orang ramai perlu melihat PKP sebagai sesuatu yang positif. Biarpun tidak 100 peratus, kita boleh memperhalu­si dan mengadapta­si langkah yang dikuatkuas­akan di Wuhan. Dengan langkahlan­gkah sekatan

pergerakan yang dilaksanak­an oleh kerajaan, dengan izin insya-Allah kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.

 ??  ?? LANGGAR PKP: Orang ramai yang gagal mematuhi PKP boleh dikenakan hukuman penjara.
LANGGAR PKP: Orang ramai yang gagal mematuhi PKP boleh dikenakan hukuman penjara.
 ??  ?? GANGGUAN MENTAL: Dengan beribu-ribu kematian yang dilaporkan di Itali, gangguan sosial yang disebabkan oleh COVID-19 boleh membawa kesihatan mental.
GANGGUAN MENTAL: Dengan beribu-ribu kematian yang dilaporkan di Itali, gangguan sosial yang disebabkan oleh COVID-19 boleh membawa kesihatan mental.
 ??  ?? AUTISME: Bagi adik saya, dia memilih untuk mengajar anak lelaki kesayangan­nya yang autisme untuk memasak.
AUTISME: Bagi adik saya, dia memilih untuk mengajar anak lelaki kesayangan­nya yang autisme untuk memasak.
 ??  ?? AKTIVITI SIHAT: Kawan saya Datu Goldah dari Kota Belud mencipta gim dalaman semasa PKP.
AKTIVITI SIHAT: Kawan saya Datu Goldah dari Kota Belud mencipta gim dalaman semasa PKP.
 ??  ?? KURANGKAN STRES: Menunjukka­n kehebatan masakannya adalah salah satu cara isteri saya untuk mengurangk­an stresnya semasa PKP.
KURANGKAN STRES: Menunjukka­n kehebatan masakannya adalah salah satu cara isteri saya untuk mengurangk­an stresnya semasa PKP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia