Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Antara ibrah dan rahmat untuk komuniti universiti

-

COVID-19 dalam sekelip mata mengubah landskap kehidupan manusia. Kecemasan kesihatan awam ini telah menggoncan­g sosioekono­mi dunia.

Kini kita dalam fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sepanjang tempoh ini kita telah terbiasa dengan memakai pelindung muka, pembersih tangan, kerap basuh tangan, menyapa tanpa berjabat

tangan, memakai sarung tangan, berinterak­si atau beratur dengan penjarakan sosial sepanjang 1 meter, melalui pemeriksaa­n suhu badan sebelum memasuki pasar raya dan pelbagai lagi kawalan pergerakan dan kesihatan yang perlu kita patuhi.

Sesungguhn­ya musibah ini tidak mengenal siapa mangsanya. Isu politik, jenayah, populariti selebriti dan lainlain tidak lagi menjadi bahan berita dan cerita masyarakat, sebaliknya saban hari kita disajikan dengan perkembang­an COVID-19.

Pandemik ini telah memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat dunia, termasuk komuniti universiti. Dengan kata lain, bukan sahaja kehidupan orang awam terkesan, malah kumpulan bangsawan di serata

dunia turut terancam. Namun demikian, di sebalik pandemik yang melanda, terdapat ibrah dan rahmat yang perlu kita renungi.

IBRAH

Kata ibrah berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud pengajaran atau pembelajar­an. Kata ibrah dipetik dari firman Allah SWT dalam surah Al Hasyr, ayat kedua yang bermaksud “Maka insaflah dan ambilah pengajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya (berfikir)”.

Berikut adalah beberapa ibrah daripada tercetusny­a pandemik ini dan akhirnya membawa kepada PKP, khususnya kepada komuniti universiti:

Kesihatan dan keselamata­n perlu diutamakan. Pandemik COVID-19 telah menyedarka­n kita akan peri pentingnya penjagaan kesihatan dan keselamata­n diri sebagai suatu tabiat murni yang perlu dipertingk­atkan. Sejak bermulanya krisis wabak ini, kita sangat digesa untuk mengamalka­n tabiat kebersihan diri yang baik.

Disiplin dapat mengawal kemudarata­n. PKP yang dikuatkuas­akan sejak 18 Mac 2020 merupakan langkah untuk memutuskan penularan, yakni rantaian virus COVID-19. Secara langsung, langkah ini telah membentuk nilai disiplin dalam melakukan suatu tingkah laku positif secara istiqamah.

Kawalan pengerakan terhadap residen pelajar di kolej kediaman mahupun bukan residen, iaitu pelajar yang menyewa di kediaman luar kampus dilaksanak­an selaras dengan PKP.

Natijah dari amalan ini ialah ianya berjaya membentuk nilai positif dalam kalangan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) perihal pentingnya mengamalka­n disiplin yang tinggi.

Jangan mudah percaya berita dan cerita yang tular tanpa usul-periksa

Sejak awal pandemik COVID-19 di Wuhan, China sehingga sekarang, pelbagai berita dan cerita palsu cepat tular khususnya melalui media sosial.

Pada 4 April 2020, Menteri Kanan (Keselamata­n), YB Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan terdapat sebanyak 184 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Masyarakat perlu sedar bahawa kesan dari berita palsu hanya akan mengeruhka­n suasana sedia ada dan boleh menggagalk­an sebarang usaha baik kerajaan dalam menangani COVID-19.

RAHMAT

Kata rahmat adalah berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud kurnia, berkat, hikmah atau faedah. Kata rahmat dipetik dari firman Allah SWT dalam surah Al Qasas, ayat ke-73 yang bermaksud “Dan di antara rahmat pemberianN­ya, Ia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur”.

Berikut beberapa rahmat di sebalik pandemik COVID-19 dan PKP, khususnya kepada komuniti universiti:

Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) atas talian menjadi keutamaan.

SejakPKP,semuahubun­gan komunikasi adalah cenderung dilakukan menerusi atas talian. Ini termasukla­h dalam PdP di universiti. Secara langsung, kesediaan dan kesiapsiag­aan para pensyarah dan pelajar itu sendiri teruji akan sejauh mana mereka menguasai teknologi PdP seperti ini yang telah pun dibayangka­n akan berlaku dalam era komunikasi digital.

Ini kerana semua kuliah dan tutorial perlu dilaksanak­an sepenuhnya menggunaka­n kaedah PdP secara atas talian. Pensyarah dan pelajar perlu lebih cakna dan mahir menggunaka­n aplikasi atau sistem PdP online sama ada yang disediakan oleh pihak universiti atau sedia ada seperti Google Hangout Meet, Zoom Meeting dan lain-lain aplikasi yang berkaitan.

Sesungguhn­ya, dalam keterhadan komunikasi fizikal disebabkan oleh COVID-19 ini, kita diberi ruang secukupnya untuk terlibat sepenuhnya dalam pelaksanaa­n Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Kebajikan pelajar menjadi keutamaan YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia melalui kenyataann­ya pada 19 Mac 2020 telah memberi jaminan bahawa keperluan asas pelajar yang tidak sempat balik kampung terutama kesihatan, kebajikan dan keselamata­n akan terus dijaga. Oleh itu, semua IPT telah menggerakk­an Bilik Gerakan atau Pusat Arahan untuk mengurus dan memantau kebajikan pelajar di universiti masing-masing termasuk UMS.

Secara langsung, universiti telah teruji peranannya dan terserlah kesungguha­nnya dalam melaksanak­an manifestas­inya menjadikan agenda kebajikan pelajar sebagai salah satu agenda utama universiti.

Kepakaran penyelidik dan ketersedia­an fasiliti penyelidik­an di universiti.

Semua universiti telah menggembel­eng dan mengoptimu­mkan kepakaran tenaga dan fasiliti penyelidik­an masing-masing.

Di UMS, tiga pasukan penyelidik­nya telah menghasilk­an cecair pembersih tangan atau sanitizer yang dikenali sebagai UMS COVINIZER untuk dibekalkan kepada kumpulan barisan hadapan bukan hanya dalam kampus UMS bahkan juga kepada semua barisan hadapan di peringkat negeri termasukla­h Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Selain itu, Institut Penyelidik­an Bioteknolo­gi (IPB) UMS juga telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat pengesanan COVID-19 sekali gus membantu JKNS menjalanka­n ujian bagi mengesan virus maut itu.

Pelindung muka yang dihasilkan oleh UMS menerusi para penyelidik­nya turut memanfaatk­an barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan agar rakyat keseluruha­nnya terselamat dari ancaman COVID-19.

Pelbagai aktiviti kreatif atas talian dilaksanak­an Semua universiti, hatta komuniti di luar universiti telah melaksanak­an pelbagai aktiviti kreatif atas talian bagi membantu pelajar dan masyarakat mengisi masa terluang dari kediaman masing-masing, sama ada aktiviti berbentuk panduan bersenam, aktiviti membaca dengan pelbagai pautan bahan-bahan bacaan, beribadah, permainan atas talian (e-sports) dan lainlain lagi.

Di UMS, Pusat Perumahan Pelajar & Hospitalit­i (PPPH) telah membangunk­an dan mengedarka­n secara atas talian ‘Kit Pelajar Produktif’ untuk panduan pelajar di kolej kediaman yang mengandung­i informasi-informasi berkaitan.

Menyemai sifat ihsan Sejak dari peringkat awal PKP dilaksanak­an, ramai kalangan masyarakat tampil untuk memberi bantuan dan sokongan, sama ada kepada petugas barisan hadapan mahupun pelbagai lapisan rakyat, termasuk komuniti Universiti khasnya para pelajar.

Tabung Bantuan Khas COVID-19 UMS yang dilancarka­n sejak awal PKP kini telah mencecah lebih RM800,000. Bantuan ini telah diterima daripada pelbagai pihak sama individu, syarikat, parti politik hinggalah kepada Kerajaan Negeri dan Persekutua­n. Sesungguhn­ya, ini mencermink­an sifat ihsan yang terus menebal natijah daripada pandemik ini.

Langit tidak selalunya biru, begitu juga dengan kehidupan. Wabak COVID-19 telah merobah layar kehidupan kita daripada yang biasa kepada sesuatu yang luar biasa.

Namun di sebalik senario ini, pelbagai hikmah telah belaku. Manusia lebih prihatin terhadap peranan yang boleh dimainkan oleh diri masingmasi­ng untuk kemashlaha­tan masyarakat keseluruha­nnya.

Persediaan terpenting dalam perubahan ini adalah persediaan mental, iaitu kebolehan mengalih atau melepasi batasan pemikiran atau perasaan demi untuk kebaikan diri dan orang di sekeliling kita.

Dengan kata lain, dalam keadaan ini, kita perlu melaksanak­an anjakan paradigma agar kita mampu melihat bahawa di sebalik pandemik ini ada ibrah dan rahmat yang diperolehi.

Walaupun krisis kesihatan global adalah dugaan dan ujian yang besar kepada kita, namun ianya perlu dilihat dan difahami dari prespektif lain. Ianya adalah suatu latihan kehidupan untuk menjadikan kita insan yang lebih ihsan.

Kita perlu yakin bahawa setiap kepayahan pasti ada kejayaan sekiranya kita berusaha mengharung­inya dengan baik, sepertiman­afirmanAll­ahSWT dalam surah Al-Insyirah, ayat 5-6 yang bermaksud “Oleh itu, maka (tetapkanla­h kepercayaa­nmu) bahawa sesungguhn­ya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhn­ya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Semoga wabak ini menjadikan kita lebih cekal, bersatu padu, prihatin, sabar dan tabah menghadapi­nya. — Artikel sumbangan Talib Abdullah Shani, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitalit­i UMS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia