Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan makanan turut dihantar ke pedalaman DUN Kakus

-

BINTULU: Meskipun penempatan penduduk berada jauh di pedalaman namun ia tidak menghalang usaha Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus serta kakitangan beberapa agensi kerajaan menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang memerlukan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an.

Tugasan itu juga adalah bantuan khusus untuk penduduk di pedalaman yang bukan sahaja sukar untuk ke bandar mendapatka­n bekalan makanan kerana mematuhi PKP bahkan ada yang terputus sumber pendapatan akibat penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Misi menghantar bantuan makanan itu mengambil masa 12 jam melalui jalan darat yang bertolak jam 9 pagi dari Tatau dan tiba jam 9 malam di kawasan pedalaman Ulu Kakus.

Begitupun misi itu berjaya disempurna­kan dengan pengagihan bantuan telah sampai kepada penduduk di rumah panjang Ulu Kakus merangkumi Rumah Edwin Engkulau, Rumah Paren, Rumah Taa, Rumah Degom dan Rumah Dasi yang kesemuanya berjumlah 113 pintu atau ketua isi rumah.

Jurucakap penghantar bantuan berkata, antara barang makanan yang disalurkan ialah beras, gula, teh, kopi dan lain-lain yang bertujuan meringanka­n beban penduduk di pedalaman yang turut terjejas akibat COVID19.

“Bantuanjug­aakandihan­tar ke kawasan lain secara berperingk­at-peringkat dalam DUN Kakus,” kata kenyataan tersebut di sini semalam.

Penghantar­an bantuan ke kawasan Hulu Kakus diketuai

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Calvin Ligong, Setiausaha Sulit Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sike Tayai iaitu Thomas Angkuh dan wakil-wakil Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak(GPS) Dewan Undangan Negeri (ADUN) N60 Kakus.

 ??  ?? MANFAATKAN: Eugene (tiga kanan) dari Pusat Khidmat GPS DUN Kakus menyerahka­n sumbangan kepada Tuai Rumah Edwin, turut kelihatan Calvin dan Thomas serta ahli-ahli GPS DUN Kakus.
MANFAATKAN: Eugene (tiga kanan) dari Pusat Khidmat GPS DUN Kakus menyerahka­n sumbangan kepada Tuai Rumah Edwin, turut kelihatan Calvin dan Thomas serta ahli-ahli GPS DUN Kakus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia