Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan makanan dihantar ke Kampung Dagang Tatau

-

BINTULU: Kesusahan yang dihadapi penduduk untuk mendapatka­n bekalan makanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an sejak 18 Mac lalu hingga 14 April mendapat perhatian kerajaan dan pembelaan melalui penyaluran bantuan bekalan makanan semalam.

Tidak terkecuali penduduk Kampung Dagang di Tatau turut mendapat bantuan bekalan sama seperti di tempat-tempat lain di negeri ini bagi memastikan penduduk tidak terputus bekalan makanan asas semasa tempoh PKP yang dilaksana kerajaan untuk memutus rantaian pandemik COVID19.

Ketua Kaum Kampung Dagang Satem Ghapar berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan sedikit sebanyak meringanka­n bebanan yang dihadapi penduduk yang terjejas (kemungkina­n terputus bekalan makanan atau sumber pendapatan mereka) akibat penularan COVID-19.

“(Justeru) saya merakam ribuan terima kasih kepada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai serta Kerajaan Sarawak yang prihatin dengan kesusahan dihadapi penduduk menerusi usaha penyaluran bantuan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima bantuan tersebut mewakili penduduk daripada Setiausaha Sulit Datuk John Sikie iaitu Thomas Angkuh.

Pengagihan bantuan itu seterusnya dikendalik­an ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Dagang Tatau kepada 151 ketua isi rumah di dewan kampung tersebut semalam.

Dalam usaha memastikan penduduk tidak bersesakse­sak dan mematuhi penjarakan sosial, penduduk diarah mengambil bantuan mengikut masa yang ditetapkan dan secara berperingk­at-peringkat.

 ??  ?? TERIMALAH: Thomas (tiga kiri) secara simbolikny­a menyerahka­n bantuan kepada KK Satem (dua kanan) yang mewakili penduduk Kampung Dagang, Tatau.
TERIMALAH: Thomas (tiga kiri) secara simbolikny­a menyerahka­n bantuan kepada KK Satem (dua kanan) yang mewakili penduduk Kampung Dagang, Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia