Utusan Borneo (Sabah)

JKTB mohon sumbangan untuk petugas barisan hadapan, keluarga memerlukan

-

MIRI: Jawatankua­sa Tindakan Kecemasan Bencana (JTKB) yang ditubuhkan Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri terus memohon sumbangan daripada orang awam.

Pengerusi JTKB Eii Chin Ho berkata, sumbangan amat penting bagi membantu bukan sahaja petugas barisan hadapan tetapi keluarga yang terputus bekalan makanan.

“Kita telah menggunaka­n sumbangan wang tunai daripada orang awam untuk membeli topeng muka, peralatan perlindung­an diri dan sebagainya untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

“Bagaimanap­un, kita menyedari bahawa terdapat golongan berpendapa­tan harian atau keluarga terputus bekalan makanan yang perlu dibantu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Chin berkata, sumbangan serendah RM1 juga amat bermaknada­lammeringa­nkan beban mereka yang terkesan dengan COVID-19.

“Sebagai masyarakat

Malaysia yang pelbagai kaum dan agama, sudah pasti kita perlu membantu golongan susah di sekitar kita lebihlebih lagi ketika berdepan dengan penularan pandemik COVID-19,” jelasnya.

Sehubungan itu tambahnya, masyarakat harus bersama dalam membantu kerajaan bukan hanya memerangi penularan pandemik COVID19 tetapi juga menjaga kebajikan bersama.

“Masyarakat harus berganding bahu dan membantu satu sama lain sepanjang tempoh PKP memutuskan rantaian pandemik COVID-19 kerana kita juga tidak mahu PKP ini dilanjutka­n.

“Bukan hanya mematuhi arahan duduk di rumah tetapi juga boleh melakukan sumbangan amal dengan menderma secara ikhlas membantu golongan memerlukan,” jelasnya.

Mereka yang ingin menyumbang tambahnya, boleh menyalurka­nnya ke akaun Public Bank 3150816811 atas nama Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia