Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan di P. Pinang: Chow

-

GEORGE TOWN: Tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan di Pulau Pinang setakat ini, walaupun terdapat peningkata­n sebanyak enam kes kelmarin, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata kesemua kes terbaharu itu adalah pendedahan daripada kluster lama, dan rakyat Pulau Pinang dinasihatk­an supaya tidak panik dengan pertambaha­n jumlah kes baharu itu.

“Tidak dinafikan bahawa ramai yang berasa bimbang, apabila melihat kes positif COVID-19 telah meningkat sebanyak enam kes semalam di negeri ini berbanding sifar ataupun hanya satu kes pada hari-hari sebelumnya.

“Berkali-kali saya tegaskan sebelum ini bahawa jangan terlalu leka dengan angka-angka ini, kerana pertempura­n ini adalah sebuah maraton dan bukannya larian pecut yang hanya berakhir dalam tempoh masa singkat,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook peribadiny­a, di sini semalam.

Mengikut laporan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Pulau Pinang mencatatka­n enam kes baharu setakat 12 tengah hari kelmarin, di mana dua kes dilaporkan di daerah Timur Laut, Seberang Perai Utara (tiga) dan Seberang Perai Selatan (satu), menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 108 kes di negeri ini.

Selain itu, Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata, kerajaan negeri memohon supaya kerajaan persekutua­n meningkatk­an lagi kadar ujian saringan COVID-19 di negeri itu.

“Kita perlu memastikan semua kes positif COVID19 ‘timbul’ ke permukaan, terutamany­a dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Kita mesti mengetahui dengan jelas semua kes positif wabak ini, dan seterusnya mengambil tindakan yang sepatutnya termasuk mengasingk­an pesakit-pesakit ini, bagi memutuskan rantaian perebakan (penularan).

“Pengalaman di negaranega­ra seperti Korea Selatan yang dilihat sebagai berjaya mengekang wabak ini, termasukla­h melakukan seberapa banyak saringan yang mungkin.

Pada aspek ini, kerajaan negeri sedia bekerjasam­a dengan kerajaan pusat, dalam menjayakan pendekatan dicadangka­n,” katanya.

Mengenai kadar pematuhan PKP, beliau berkata tahap pematuhan rakyat negeri itu terhadap PKP telah mencapai 97.7 peratus, dan seramai 587 individu telah ditahan ekoran ingkar arahan itu setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia